TIPS PERSEDIAAN VIVA #2

TIPS PERSEDIAAN VIVA #2

1. Baca thesis dengan teliti. Kenalpasti main idea dalam setiap chapter. Cari kesilapan kecil seperti grammar atau typo dan catatkan di tepi. Supaya anda tak terkejut bila examiner tegur.

2. Cari journal terkini berkaitan thesis.
Biasanya research anda bermula 2-4 tahun lepas. Jadi kemungkinan besar ada journal dan penerbitan baru yang berkaitan dengan thesis anda. Cari persamaan dan perbezaan thesis anda dengan journal baru tersebut. Tulis dan sediakan skrip jawapan bila disoal oleh examiner.

3. Buat soalan ramalan dan skrip jawapan.
Adalah lebih mudah jika anda buat dan berlatih menjawab soalan ramalan dengan skrip jawapan.
Nanti masa viva, idea nak menjawab sentiasa mencurah-curah. Nanti saya kongsikan soalan yang biasa di tanya semasa viva.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *