Cabaran-Buat-Master-Ph.D.-Dalam-Negara-Dr-Muhamad-Hariz-Adnan_compressed

Cabaran Buat Master Ph.D. Dalam Negara

Artikel kali ini berkaitan Cabaran Buat Master PhD Dalam Negara. Saya bahagikan cabaran ini kepada tiga iaitu funding, supervisor dan life.

 

Funding

Benda yang paling mencabar untuk seorang pelajar Ph.D ialah funding. Selepas tamat Master, saya bekerja sebagai pensyarah di sebuah Universiti Kolej swasta yang kemudian terpaksa tutup akibat masalah kewangan. Then, saya sambung kerja di industri sebelum membuat keputusan sambung Ph.D. Kenapa sambung Ph.D? Kerana dah lama minat nak jadi pensyarah. Kemudian memang minat mendalam dalam bidang Artificial Intelligence. Saya bernasib baik jumpa pensyarah bidang ni yang ada geran dan masa tu boleh apply Mybrain dan gabungkan dengan geran. Alhamdulillah. Berkat banyak bersabar membantu ibu bapa.

Semasa mula datang ke sini menyambung pengajian, memang jauh dari rumah. Terpaksa menyewa rumah dan hari pertama lagi saya cari peluang bekerja sambilan kerana elaun geran dan mybrain belum tahu bila akan dapat. Cuma ada elaun sementara sebagai Graduate Assistant. Saya contact pusat tuisyen dan tanya jika ada kekosongan. Alhamdulillah, setahun juga kerja sebagai cikgu tuisyen waktu malam. Waktu pagi/petang buat research proposal atau ajar budak2 degree. Memang letih. Dapatlah extra income dalam RM400 sebulan. Yuran pendaftaran saya bayar guna duit sendiri dan claim dari EPF. Itulah duit untuk survive awal2 dulu sementara tunggu elaun geran dan Mybrain.

Selain dari kerja tuisyen, saya jugak buat macam-macam kerja. Antaranya buat kelas tutor untuk budak2 degree, jadi driver mcm Grab, ambik upah proofreading, buat translation dan buat business. Memandangkan saya ada darah Kelantan, so semangat nk berbisnes tu memang ada. Saya buat business buat website, printing, dan jual barang2 IT melalui AUTO SOFT. Alhamdulilah dapat tampung keperluan dan yang mana kurang. Banyak saya belajar untuk gunakan ilmu berkaitan bidang IT.

Masuk tahun ke 3, geran dan Mybrain pun habis. Jadi saya bergantung kepada geran baru yang ditulis sendiri dibantu supervisor. Alhamdulillah, tahun dulu tak dapat. Tapi tahun ketiga geran saya approved. Dapatlah dalam RM2k-3K sebulan sampai sekarang. Walaupon kadang2 tak cukup, business masih boleh cover perbelanjaan. Sebabtu penting untuk apply geran every year. Walaupon susah dan makan masa nak tulis, applylah sebab maybe rezeki kita dari situ. Masa master pon saya pernah apply geran dan dapat dlm RM90k. Boleh support belajar dalam 2 tahun.

 

Supervisor

Masa mula2 cari supervisor dulu, saya search dari website university IPTA dan IPTS ikut bidang yang saya minat. Kemudian email diorang dan ceritakan tentang diri sendiri dan minat nk sambung Ph.D. Saya tinggalkan no untuk dihubungi. Memang lecturer-lecturer ni berebut untuk dapatkan student nak sambung Ph.D./Master. Yelah sekarang nak sambung susah sebab masalah duit. Saya pilih supervisor yang ada funding of course, dan tengok jugak rekod supervisor tu dari segi publication, student2 dia yang dah graduate. Bahaya ambik supervisor yang tak ada rekod baik. Mana tahu dia mental (supervisor mental memang wujud). Kalau boleh tanya sekali student dia untuk dapatkan testimoni.

Kalau supervisor yang kita ambik tu senior lecturer, biasanya dia banyak masa dah boleh fokus dengan kita. Kelemahannya dia kurang pengalaman dalam membantu student graduate. Kalau AP pulak, mungkin dia sibuk kejar KPI nak jadi Prof. So tak banyak masa nak supervise. Kalau yang pegang jawatan, lagilah susah nak jumpa. Kalau Prof yang tak pegang jawatan tu banyak pengalaman cuma yang bahaya kalau dia tiba-tiba bersara. Huhu. Sebaik-baiknya bagi balance untuk Supervisor dan Co-supervisor. Kalau sorang busy, pergi kacau sorang lagi. Janji research kita jalan. Haha.

Penting cari supervisor yang ngam. Saya dengan supervisor sekarang pon ambik masa nak ngam. Macam2 kerja dia bagi saya buat. Tapi selalunya saya buat yang terbaik. Lama-lama dia pon bantu balik dengan terbaik jugak. Ngam lah akhirnya. What u give u get back.

 

Life

Awal-awal masa buat Ph.D. dulu saya di Lab dari pagi sampai lah lewat malam. Tulah rutin saya yang lifeless. Makan pon nak cepat bila fikirkan research. Kenduri pon ada yang saya terpaksa skip sebab jauh. Orang kadang2 tak faham bila kita buat Ph.D./Master. Dorang ingat student macam masa degree je. Padahal banyak tanggungjawab yela PTPTN, sewa, kereta, parents smua macam orang kerja jugak. Cuma parents saya faham. Saya tak pernah miss bagi duit ikut elaun yang saya dapat. Mungkin berkat dari doa parents rezeki saya tak pernah putus.

Nasihat saya untuk yang nak smbung Ph.D./Master, jangan takut. Betulkan niat untuk sumbang ilmu yang kita dapat tu kepada agama dan masyarakat. Jangan semata-mata sebab nak gaji besar atau kerja hebat. Nanti kita putus semangat di tengah2 perjalanan.

Dari Abu Darda “Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa melalui satu jalan untuk mencari ilmu, Allah akan permudahkan baginya jalan menuju syurga.

Para Malaikat akan membentangkan sayapnya kerana redha kepada penuntut ilmu.

Penghuni langit dan bumi hingga ikan yang ada di dalam air mendoakan keampunan kepada penuntut ilmu.

Sesungguhnya, keutamaan seorang alim dibanding dengan seorang ahli ibadah adalah ibarat bulan purnama atas semua bintang.

Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para Nabi, dan para Nabi tidak mewariskan dinar mahupun dirham, akan tetapi mereka mewariskan ilmu.

Barangsiapa mengambilnya, maka ia telah mengambil bahagian yang sangat besar.”

(HR Ibnu Majah No: 219) Status : Hadis Sahih

 

 

 

 

Posts created 11

Related Posts

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top