eUsahawan merupakan suatu inisiatif bertujuan untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan usahawan kecil yang sedia ada serta usahawan muda.
Inisiatif ini juga diperkenalkan bagi memastikan lebih ramai rakyat mendapat manfaat dari penggunaan digital untuk tujuan keusahawan. Inisiatif eUsahawan ini dilaksanakan melalui pembelajaran dan latihan kurikulum keusahawanan digital yang kini telah dilaksanakan menerusi institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Sasaran bagi Inisiatif ini adalah pelajar TVET dan juga usahawan kecil yang sedia ada. Skop kurikulum pembelajaran dan latihan eUsahawan akan merangkumi trend teknologi digital terkini termasuk social media marketing, mobile commerce, analysis, ePayment, digital advertising dan cyber security.
Program yang menarik dan sangat bermanfaat.