Ramai usahawan tidak tahu akan 5 perkara yang usahawan perlu buat semasa perintah kawalan pergerakan (PKP). Ramai usahawan yang tiada pendapatan semasa PKP kerana tidak boleh menjalan perniagaan. Jadi, apa yang usahawan boleh lakukan?

Adakah berdiam diri dan berserah kepada takdir?

Atau mencuba perkara yang baru?

Saya senaraikan 5 perkara yang usahawan perlu buat semasa perintah kawalan pergerakan (PKP).

 

๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜๐—ฒ๐—ธ๐—ป๐—ผ๐—น๐—ผ๐—ด๐—ถ ๐—ฑ๐—ถ๐—ด๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—น

Teknologi digital seperti Facebook, Instagram, WhatsApp, Google My Business, Google trends and SEO antara alat yang sangat membantu perniagaan sebelum PKP. Selepas PKP, saya pasti lebih banyak perniagaan akan bergantung kepada teknologi digital. Inilah โ€œNew Normalโ€ yang perlu dihadapi oleh usahawan hari ini.

 

๐—•๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚

Mungkin sebelum PKP, usahawan tidak mempunyai masa untuk belajar perkara baru. Sekarang ialah masa yang sangat sesuai. Luangkan masa untuk belajar perkara baru seperti dunia perniagaan digital, cara berkomunikasi, cara membuat jualan, cara marketing dan sebagainya. Jika anda berminat untuk belajar tentang ๐™™๐™ช๐™ฃ๐™ž๐™– ๐™ฅ๐™š๐™ง๐™ฃ๐™ž๐™–๐™œ๐™–๐™–๐™ฃ ๐™™๐™ž๐™œ๐™ž๐™ฉ๐™–๐™ก, boleh pergi ke https://drhariz.com/eusahawan untuk belajar secara percuma.

 

๐—ฅ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ ๐˜€๐˜๐—ฟ๐—ฎ๐˜๐—ฒ๐—ด๐—ถ ๐˜€๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐˜€ ๐—ฃ๐—ž๐—ฃ

Selepas PKP ditarik balik, mungkin masyarakat masih berhati-hati untuk membeli dan keluar ke tempat awam. Jadi, penting untuk usahawan merancang dari sekarang apa yang boleh dilakukan jika perkara ini benar-benar terjadi. Mungkin usahawan boleh membina system untuk mengambil tempahan secara online menggunakan WhatsApp dan membuat penghantaran.

๐—•๐—ถ๐—ป๐—ฎ ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป

Sekarang ialah masa yang baik untuk membina jaringan. Jika sebelum ini kita bekerja bersendirian, sekarang ialah masa yang baik untuk bekerjasama. Ramai lagi usahawan yang seperti hilang tujuan dan motivasi. Bekerjasama untuk bersama-sama bangkit dan bantu-membantu selepas PKP adalah idea yang bernas.

 

๐—ž๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฏ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐˜๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป

Mungkin pada masa ini, kita tidak dapat menambah pendapatan secara lansung. Tetapi, kita perlu cuba untuk mengurangkan perbelanjaan. Fokus kepada keperluan dan bukan kehendak. Cuba kurangkan penggunaan yang berkait dengan kehendak seperti langganan bulanan yang tidak memberi nilai tambah kepada pendapatan kita sekarang. Usahawan juga mungkin boleh cuba membuat kerja di atas talian bagi menambah pendapatan.

Kita tidak pasti apa yang akan berlaku di masa hadapan. Adakah dunia perniagaan akan kekal seperti biasa atau dunia digital akan menjadi norma baru dalam perniagaan. Apapun, bersedia dari sekarang. Masa yang ada sementara PKP wajib dimanfaatkan sebaiknya.

Semoga perkongsian 5 perkara yang usahawan perlu buat semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) ini memberi manfaat.

66 thoughts on “๐Ÿฑ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—จ๐˜€๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐˜‚ ๐—•๐˜‚๐—ฎ๐˜ ๐—ฆ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—ฃ๐—ž๐—ฃ

  1. Pada pendapat saya, sebagai usahawan juga perlu mempunyai minat Dan fokus pada sesuatu perniagaan yang dijalankan. Selain itu, seorang usahawan perlu berfikiran kreatif dan berusaha mendalami sesuatu ilmu yang baru. Sikap inovatif Dan berdaya saing juga perlu ada dalam diri seorang usahawan. Jangan sesekali putus asa dan semangat untuk menuruskan sesuatu perniagaan walaupun apapun yang berlaku.

  2. Pada pendapat saya,5 perkara diatas amat penting bagi usahawan di luar sana yang mengalami kerugian disebabkan oleh pkp. Dengan 5 perkara tersebut usahawan dapat menambahkan keuntungan dalam bisnes.Sebagai contoh,mereka boleh menjual secara online.

  3. I strongly agree with the list stated especially about how entrepreneurs should utilise the time they have during the PKP when in reality most people tend to wish to have free time to do things that they want to but was unable. I believe entrepreneurs should think up of new ideas or look at another angle to overcome this challenge in order to survive and especially with the new norm it is surely an advantage to dive into the digital world for business owners and expand their brand.

  4. Semasa pkp, usahawan boleh belajar lebih mendalam tentang website. Mereka boleh mempromosikan perniagaan mereka di dalam website tersebut. Justeru, mereka juga boleh mempromosikan perniagaan mereka di laman media sosial seperti instagram dan facebook. Baru-baru ini, terdapat beberapa usahawan baru yang sedang giat naik telah mencuba mempromosikan perniagaan mereka di laman sosial media tiktok. Hal ini demikian kerana tiktok merupakan sosial media yang agak terkenal juga pada masa ini. Jadi, mereka telah mencuba untuk mempromosikan perniagaan mereka semasa pkp. Usahawan juga mestilah menjimatkan perbelanjaan mereka semasa pkp. Sesetengah usahawan hanyalah bergantung pada pelanggan mereka sahaja, ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Oleh itu, usahawan perlulah berjimat dalam perbelanjaan. Usahawan perlu menggunakan laman-laman tertentu untuk mempromosikan perniagaan masing-masing.

  5. In my opinion, the 5 things that have to do during the PKP is not just only for the entrepreneurs, it also can be do by the people. First, ready to use a new digital technology, people will be not allowed to go outside for some places. Therefore, entrepreneurs can use this technology to promote their product without keep holding stock in their house, they also can earn money and maintain their business.
    Second, learn something new. As I mentioned early, not only entrepreneurs have to do this. For example, during PKP, I had learn to make biscuits with watching the video in Youtube, Facebook and other website.
    Finally, I agree with reduce expenses and increase income during PKP. During PKP, many people have faced the problem of lost their job, so they do not have any income. To maintain enough money for survive, we should spend the money on the necessary and important things such as food, drinks, fees and something that really important. Thank you.

    No Matrik : D20172079967
    Group : Group A

  6. Satu perkongsian yang menarik, pada pendapat saya sekarang adalah masa yang sesuai untuk pelbagai lapisan umur terutama yang mempunyai perniagaan sendiri mendalami penggunaan pelantar perniagaan secara atas talian.

  7. Saya bersetuju dengan pendapat Dr. Usahawan pada masa sekarang perlulah berani mencabar diri dengan keluar dari kelompok keselesaan dan sentiasa rajin untuk belajar perkara baru bagi mengembangkan perniagaan mereka.

    Tambahan pula, dengan pandemik yang melata di seluruh dunia, adalah satu keperluan untuk usahawan meneroka dunia internet dan teknologi. Usahawan perlulah bijak dalam merangka strategi agar perniagaan atau produk mereka dapat dipasarkan dengan mudah dan jayanya.

    Kini, ada banyak platform yang boleh dimanfaatkan oleh usahawan seperti Lazada, Shopee, Big Cartel, Etsy, mahupun sosial media.

    Saya ambil contoh Shopee yang menyediakan platform untuk peniaga dan pembeli. Peniaga bukan sahaja dapat mempromosikan produk mereka, malahan mereka juga dapat mengikuti seminar yang disediakan bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan mereka.

    Ini merupakan satu peluang yang seharusnya dimanfaatkan dengan bijak oleh usahawan tempatan kita.

  8. Terima kasih Dr Hafiz kerana telah memberi perkongsian yang menarik. Bagi norma baharu yang kita lalui sekarang ni amat sesuai bagi semua orang untuk memulakan perniaagan dengan mempunyai target yang tertentu. Tetapi, ada sesetengah orang juga yang masih lagi takut mengalami kerugian dan masih ragu-ragu untuk memulakan perniagaan secara langsung atau tidak langsung. Jadi berdasarkan perkongsian yang telah diberi ini, terdapat banyak tips yang berguna dan kita boleh terapkan dalam kehidupan kita secara langsung. Malah bagi peniaga-peniaga yang tidak boleh bekerja di luar atau terhad dengan permasalah covid-19 ini boleh mencuba meniaga di atas talian. Kemahiran penggunaan digital sekarang ni amat penting untuk membantu kita dengan membuat jualan yang lebih kerana buat masa sekarang ini, ramai orang memfokuskan terhadap sesuatu yang berada dalam media. Apa yang menarik pasti dapat menarik minat mereka untuk membeli produk kita. Selain itu sebagai perniaga, kita juga harus bijak menguruskan pembelanjaan secara rasional dengan berbelanja sesuatu barang yang diperlu sahaja bukan mengikut kehendak bagi mengelak serta membuat persediaan yang mungkin akan berlaku kelak.

  9. Pada pendapat saya,lima perkara di atas yang perlu usahawan buat semasa PKP ini adalah sangat penting.Hal ini demikian kerana pada musim PKP ini kebanyakan usahawan mengalami kerugian yang banyak kerana mereka tidak dapat menjalankan perniagaan mereka seperti biasa. Oleh itu ,dengan adanya perancangan untuk membuat perniagaan mereka secara atas talian ,usahawan akan dapat menambah keuntungan mereka pada musim PKP ini.

  10. I believe that these five points helpfully encourage too many entrepreneurs to save their customers during PKP. I agree entrepreneurs need to promote or use social media in order to reach their customers. Nowadays social media has become a powerful tool business owners can use. Other than that it is important to have a network team that you work together rather than working alone.

  11. Pada pendapat saya, lima perkara sangat penting untuk semua orang. Bukan sahaja usahawan, tetapi orang ramai. Pada musim sekarang, masih ada yang terkial-kial dan susah untuk menjana pendapatan. Malah, lima perkara ini bukan sahaja dapat digunakan sepanjang musim PKP, tapi boleh diteruskan sehingga selepas musim PKP.

  12. Pada pendapat saya, semasa PKP inilah usahawan dapat banyak utung. Pada masa PKP inilah ramai rakyat membeli barang secara online. Bagi siapa yang tidak ada pengalaman dalam perniaggan online boleh belajar dari cara di atas untuk menghadapi masalah masa PKP.

  13. Pada pendapat saya, artikel ini sangat berguna untuk para peniaga di luar sana tambahan lagi pada waktu pkp ini di mana semua perlu menghadkan pergerakan di luar. Ini amat memberi kesan kepada peniaga-peniaga di luar sana. Peniaga perlulah mengambil langkah yang bijak untuk mengatasi masalah tersebut dan keluar daripada zon selesa untuk mempelajari sesuatu yang baru yang akan memberi banyak manfaat kepada mereka. Sebagai salah satu contoh yang ada di dalam artikel ini, iaitu ‘bersedia menggunakan teknologi digital’, di mana sekarang ini para pembeli lebih gemar membuat pembelian secara atas talian dan menggunakan platform perniagaan seperti Shopee dan Lazada. Oleh itu, para peniaga perlulah mahirkan diri untuk menggunakan teknologi digital sebagai platform perniagaan dan mengambil inisiatif yang lain agar perniagaan akan terus beroperasi walaupun dalam situasi yang sebegini.

  14. Pada pendapat saya, lima perkara di atas yang usahawan perlu menjalankan semasa PKP ini adalah sangat penting. Hal ini demikian kerana kebanyakan usahawan tidak dapat menjalankan aktiviti perniagaan seperti biasa dan menyebabkan ekonomi mereka semakin merosot pada musim PKP. Tambahan pula, kebanyakan pekerja juga mengalami masalah kehilangan pekerjaan semasa PKP ini.
    Oleh itu, usahawan perlu menjalankan perniagaan mereka secara atas talian (cth: Shopee, Lazada, Amazon, dll) untuk mempromosikan jualan mereka. Selain itu, usahawan juga perlu mengurus pembelanjaan secara rasional (cth: membeli barangan keperluan) untuk menjimatkan kos berbelanja semasa PKP ini.

    D20172079790
    Group A

  15. Saya amat bersetuju dengan perkara yang dinyatakan perlu dilakukan oleh semua usahawan. Akan tetapi, tidak semua usahawan berminat dengan teknologi digital untuk mengembangkan jualan mereka. Mereka menganggap ianya susah (mindset) untuk dilakukan kerana ia menggunakan teknologi, hakikatnya perkara sebaliknya berlaku. Ini merupakan cabaran bagi usahawan itu sendiri untuk melibatkan diri dalam bidang teknologi digital lebih-lebih lagi semasa pkp ini.

  16. saya bersetuju dengan apa yang dikatakan di atas . Sekarang ini usahawan boleh belajar cara marketing, teknik berbisness dengan mengikuti seminar secara online daripada Hasbul Brother dan lain lain lagi.

  17. Pada pendapat saya kelima-lima perkara tersebut amat penting untuk usahawan sekarang terutamanya dalam keadaan negara yang sedang ditimpa masalah covid 19. Saya amat bersetuju dengan tips dimana kita perlu bersedia menggunakan teknologi digital. Pandangan saya, meskipun negara tidak ditimpa covid 19 cara ini adalah lebih bersesuaian dengan kehidupan pada zaman ini. Menggunakan teknologi digital adalah lebih mudah dan pantas. Ia bukan sahaja memudahkan pelanggan untuk melakukan urusan jual beli malahan turut membantu para usahawan untuk menyimpan data dengan lebih kemas dan teratur. Menggunakan teknologi digital juga membuka peluang kepada usahawan untuk mengembangkan perniagaan mereka dengan lebih luas.

  18. Assalamualaikum dan salam sejahtera,

    Saya bersetuju dengan artikel yang Dr nyatakan di atas. Hal ini kerana, dapat dilihat Malaysia sedang menghadapi norma baharu dan masih dalam proses untuk pulih daripada pandemik ini dan terdapat ramai rakyat yang tersepit dan terpaksa mencari sesuatu untuk dilakukan bagi mendapatkan pendapatan mereka untuk menampung keluarga.

    Oleh itu, salah satu cara untuk meambah pendapatan sampingan ketika ini adalah dengan berniaga secara atas talian. Hal ini dilihat sangat memberi impak kepada seseorang individu kerana, hampir semua berada dihujung jari. Rakyat tidak perlu keluar bersesak-sesak untuk membeli barang keperluan, mereka hanya perlu memesan secara atas talian kepada peniaga. Perkara ini secara tidak langsung memberi kemudahan kepada pelbagai pihak.

    Berniaga secara atas talian sangat mudah jika kita berusaha untuk belajar dan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu perkara. Terdapat banyak platform yang senang digunakan dan membawa keuntungan yang besar iaitu dengan menggunakan aplikasi seperti Facebook, WhatsApp, Instagram dan lain-lain.

    Namun begitu, sebagai usahawan yang berjaya, terdapat banyak rintangan dan cabaran dalam berniaga secara ‘offline’ mahupun ‘online’. Oleh sebab itu, mereka hendaklah mempunyai strategi dan cara tertentu bagi merancang perniagaan mereka agar dapat dipasarkan kepada seluruh negara dan hingga ke peringkat antarabangsa.

    Kesimpulannya, sebagai usahawan, kita juga perlu bijak merancang perbelanjaan dan sentiasa tidak berputus asa dalam mendapatkan pendapatan sampingan. Selain itu, jika berpeluang, kita juga seharusnya menerapkan sifat bersedekah dan menyumbang agar dapat berkongsi rezeki dan membantu mereka yang memerlukan.

  19. Saya bersetuju dengan lima perkara yang telah disebutkan di atas. Usahawan sepatutnya menambah ilmu pengetahuan tentang dunia digital untuk menguruskan bisnes masing-masing. Usahawan tidak sepatutnya cepat mengeluh disebabkan oleh PKP, sebaliknya mereka perlu mencari jalan bagaimana untuk keluar daripada kesempitan hidup dalam berbisnes menggunakan teknologi yang wujud pada zaman sekarang. Untuk berjaya, usahawan haruslah berani mencuba perkara baru, tidak takut untuk mengajak rakan-rakan untuk mengikuti bisnes mereka dan berusaha selagi mampu.

  20. This article would be very useful to people who got affected by PKP. People who run their own businesses faced very critical problems because of PKP, specially in the financial aspect. This article would help them to overcome all confusion and stress they had in their life

  21. Terima kasih diatas perkongsian yang menarik, pada pendapat saya usahawan perlulah mencabar diri untuk memperluaskan ilmu di dalam bidang teknologi, selain dapat menambah ilmu, ia juga seiring dengan keadaan norma baharu sekarang. Oleh itu usahawan perlu sentiasa “up to date” dengan teknologi baru agar tidak ketinggalan dan dapat menambah keuntungan pada keadaan pandemik sekarang.

  22. Pada pendapat saya, perkongsian tentang 5 perkara yang usahawan perlu buat semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini adalah sangat membantu usahawan-usahawan yang di luar sana. Sebelum berlakunya PKP sesetengah usahawan lebih-lebih lagi usahawan yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan kurang menggunakan teknologi digital seperti Facebook, Instagram, WhatsApp dan sebagainya. Berlakunya, ‘New Normal’ membuatkan mereka mempelajari semua yang berkaitan teknologi digital untuk mengekalkan peniagaan mereka. Bukan itu sahaja, perkara ke 5 di dalam senarai di atas adalah amat tepat. Dengan menggunakan teknologi digital usahawan hanya perlu mempromosi barangan mereka melalui aplikasi yang telah sedia ada. Usahawan di luar sana hanya memerlukan kreativiti untuk menghasilkan iklan yang menarik supaya, menarik minat ramai pengguna. Sekian terima kasih.

  23. Pada pendapat saya, apa yang dinyatakan adalah sangat betul. Semasa Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan, saya lihat rata-rata peniaga kehilangan punca dan tidak tahu apakah yang perlu dilakukan supaya perniagaan mereka tidak berlaku kerugian yang besar. Dengan adanya cara tentang perkara yang harus usahawan lakukan ini sedikit sebanyak membantu mereka untuk merancang perniagaan mereka dengan lebih baik.

  24. Pada pendapat Saya usahawan amat perlu untuk untuk mengamalkan perkara2 di atas kerana di waktu negara kita dilanda wabak covid-19 amat perlukan untuk melakukan perniagaan secara atas talian bagi mengelakkan kontak sentuhan bagi memutuskan rantaian covid-19 , justeru usahawan juga perlu terus menimba ilmu baru dalam perniagaan kerana dalam bidang perniagaan makin banyak ilmu makin banyak rezeki kita, lagi2 dalam bidang e-commerce kerana pada zaman sekarang amat berbaloi melakukan perniagaan secara atas tidak perlu membuka kedai untuk berniaga kerana akan terpaksa tanggung kos sedangkan jualan makin menurun di zaman covid-19 ini.kita juga perlu merangka strategi perniagaan baru sebelum,semasa dan selepas pkp kerana setiap waktu mempunyai suasana perniagaan yang berbeza.Kita juga Perlu perlu mengurangkan perbelanjaan kita lagi2 dari segi kemahuan bagi menghadapi kejatuhan ekonomi peniaga dan perbanyakkan sumber pendapatan bagi mengelakkan kekurangan sumber kewangan untuk menyara diri dan keluarga untuk jangka masa lama, kerana kita tidak tahu berapa lama pandemik covid-19 akan berakhir.

  25. Terima kasih Dr atas perkongsian. Saya sangat bersetuju dengan kelima-lima perkara diatas. Sebagai usahawan perlu banyak persediaan terutamanya dalam keadaan seperti sekarang iaitu PKP. Semua orang tidak dapat meramal apa yang akan berlaku dimasa hadapan, jadi sebagai usahawan, perlu sentiasa ada perancangan yang bijak dan sentiasa mengambil masa untuk mempelajari web-web yang membuka peluang kepada usahawan unuk membuat perniagaan.

  26. Pada pendapat saya, 5 perkata tersebut sangat penting semasa pkp supaya perniagaan yang sedang berjalan sekarang dapat diteruskan. Sedikit sebanyak dapat melatih peniaga untuk mencebuti dalam bidang yang baru seperti perniagaan online. Dengan ini, walau dimana berada peniaga dapat menjana pendapatan walaupun selepas pkp tamat.

  27. Pada pendapat saya, seorang usahawan haruslah sentiasa cepat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling terutama sekali apabila berlaku kejadian yang tidak dapat diramal. Memanfaatkan teknologi terkini juga merupakan salah satu dari penyesuaian diri dengan sekeliling.

  28. Selamat petang, dr dan rakan sekalian. Pada pendapat saya, cara yang terbaik bagi usahawan untuk menguruskan perniagaan mereka semasa pkp ialah bersedia menggunakan teknologi digital. Hal ini kerana ramai usahawan telah tertarik dengan teknologi digital dan bermula perniagaan mereka di dunia teknologi digital. Bagi usahawan yang belum mahir dengan teknologi digital, mereka harus berkorban masa dan semangat untuk belajar supaya mereka dapat meningkatkan hasil produk dan berdaya saing dengan usahawan yang lain pada zaman teknologi digital ini.

  29. D20171076798
    Pada pendapat saya, sangat benar apa yang dikongsikan oleh Dr. Seperti saya sendiri, sejak bulan 5 saya mulakan bisnes atas talian. Rezeki saya kerana sudah biasa dengan beberapa platfom media sosial, maka satu bonus buat saya untuk menggilap pengetahuan sedia ada dalam penggunaan media sosial. Saya juga berpeluang meningkatkan kemahiran ‘personal branding’, ‘marketing, edit video, iklan jualan dan sbg.

    Sangat penting buat usahawan sentiasa merangka strategi jualan supaya tidak ketinggalan ketika isu pandemik ini masih berlangsung.

  30. Saya sangat bersetuju dengan 5 perkara yang usahawan perlu buat semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) di atas. Hal ini demikian kerana perkara yang disenaraikan di atas dapat membantu usahawan yang sedang mengalami kerugian dalam perniagaan semasa PKP ini.

  31. Terima kasih atas perkongsian. Bukan sahaja bermenanfaat kepada peniaga malah untuk seluruh masyarakat kerana pkp yang panjang menyebatkan mata yang negara menurung akibat tiadanya pelabur datang malah pelancong juga. Malah nilai mata wang negara juga menurung, oleh itu mengelakkan pembaziran terhadap pembelian barangan juga perlu dititip beratkan iaitu membeli barangan keperluan dan bukannya kehendak. Peniagaan online amatlah sesuai kepada peniaga pada masa sekarang kerana dapat mengehatkan pergerakkan dan malah banyak menguntungkan kepada peniaga sendiri. Rata-rata orang ramai banyak menghabiskan masa dirumah akibat pkp dan jarang untuk keluar membeli barangan diluar. Order secara atas talian lebih digemari oleh mereka. Sekian. Terima Kasih.

  32. Saya amat bersetuju dengan 5 perkara diatas. Amat menyedihkan apabila banyak perniagaan terpaksa diberhentikan akibat PKP lebih-lebih lagi peniaga-peniaga yang berusia. Golongan peniaga yang berusia majoritinya tidak arif menggunakan teknologi terkini jadi bagi pendapat saya, jika diadakan bengkel or kelas kepada golongan berkenaan pasti dapat membuka jalan baru untuk mencari pendapatan.

  33. Assalamualaikum.
    Pada pendapat saya, 5 perkara yang usahawan perlu buat semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) yang telah disenaraikan dapat membantu usahawan berjaya dengan maju. Ini bukan sahaja dapat membantu usahawan semasa PKP, malah dapat membantu mereka juga setelah PKP tamat. Usahawan perlulah sentiasa peka dengan perkembangan ekonomi kini agar mereka tidak rugi dalam perniagaan.

  34. Saya bersetuju dengan kelima-lima perkara yang perlu dilakukan oleh usahawan dapat membantu mereka untuk menghadapi kekakangan-kekangan yang berlaku ketika PKP. Kebanyakan usahawan-usahawan memulakan perniagaan mereka secara atas talian untuk mempromosikan bahan jualan terutamanya di aplikasi Whatsapp, Facebook, Instagram dan lain-lain. Tidak dapat dinafikan pada waktu inilah para usahawan mula mempelajari sesuatu perkara baru seperti mengubah strategi perniagaan mereka sama ada dari segi cara membuat jualan, cara berkomunikasi dan sebagainya.

  35. Perkongsian yang amat bermanfaat yang dapat dipraktikkan oleh usahawan kini. Saya amat bersetuju dengan kelima-lima perkara yang telah dinyatakan di atas. Terdapat pelbagai sumber yang boleh dirujuk oleh para usahawan untuk memulakan jualan secara dalam talian sebagai contoh aplikasi Twitter. Saya lihat ramai usahawan tempatan berkongsi pendapat dan pandangan mengenai teknik untuk memulakan jualan mereka secara online. Disini, kita dapat mengenal pasti bahawa sedikit sebanyak para usahawan tempatan telah membina jaringan bersama dengan saling membantu antara satu sama lain seperti kolaborasi antara dua produk yang berbeza yang dilakukan dalam kalangan usahawan tempatan. Saya percaya bahawa para usahawan perlu keluar dari zon selesa, berpeluk tubuh dan berdiam diri sebaliknya mereka perlu berfikiran kreatif dan inovatif selari dengan permintaan semasa dan perkembangan teknologi yang wujud pada zaman ini.

  36. Assalamualaikum, pertama sekali saya ingin berterima kasih atas perkongsian yang telah diberikan. Ya, saya amat bersetuju dan ia benar sekali berkenaan pandangan dan tips yang diberikan. Hal ini demikian kita pada era pendemic ini hendaklah meluaskan penggunaan media sosial sebagai medium perniagaan. Ini kerana ia mampu membantu dalam penjagaan jarak sesama masyarakat. Ini merupakan langkah yang paling baik dalam memutuskan rantaian virus. Selain itu, penggunaan media massa amat meluas dikalangan masyarakat, selain dapat mengurangkan kos pengeluaran dan jualan tidak secara langsung namun pendekatan pelanggan terhadap barangan amat tinggi. Hal ini mampu meningkatkan pendapatan.

  37. Pada pendapat saya bukan sahaja kerana PKP mahupun pandemic perniagaan secara digital ini sepatutnya perlu diperluaskan oleh kerana capaian teknologi kini makin bertambah maka setiap usahawan perlu selari dengan pembanggunan teknologi agar dapat memberikan lebih banyak kemudahan serta kemajuan dalam perniagaan mereka. Selain daripada itu usahawan haruslah sentiasa meningkatkan pengetahuan mereka terhadap isu perniagaan semasa agar perniagaan mereka mengikut keperluan dan kehendak semasa.

  38. Pada pendapat saya, artikel ini sangat berguna untuk usahawan yang terjejas akibat pelaksaan PKP. Hal ini demikian kerana kebanyakan usahawan tidak dapat menjalankan aktiviti perniagaan seperti biasa dan menyebabkan ekonomi mereka semakin merosot pada musim PKP. Usahawan perlulah bijak dalam merangka strategi agar perniagaan atau produk mereka dapat dipasarkan dengan mudah dan jayanya. Oleh itu ,dengan adanya perancangan untuk membuat perniagaan mereka secara atas talian ,usahawan akan dapat menambah keuntungan mereka pada musim PKP ini.

  39. Assalamualaikum,

    Pada pendapat saya, Semua orang perlu menghadapi “new normal” termasuklah perniaga kecil dan pelajar-pelajar sekolah mahupun pelajar universiti. Semasa dunia menghadapi pandemik covid ini, pendapatan yang paling berkesan pada waktu ini adalah dengan berniaga. Selain itu, bagi pelajar yang ingin memulakan perniagaan mereka boleh bermula dengan berniaga atas talian seperti di facebook dan whatsapp. Bagi perniaga yang sudah lama berniaga mereka boleh mula memperkembangkan perniagaan mereka ke perniagaan atas talian, selain mereka belajar perkara baru berniaga atas talian mereka juga dapat berkerjasama dengan perniaga lain (dropship/agent) dan membantu sesama perniaga ini sedikit sebanyak dapat menambah pendapatan mereka. Dalam keadaan pkp, pkpb dan pkpd ini ada peniaga mengalami kerugian ada juga yang mendapat keuntungan. 5 perkara yang usahawan perlu buat semasa pkp diatas ini sedikit sebanyak dapat membantu perniaga boleh menambahbaikan perniagaan mereka. Bagi sesiapa yang baru menjinak-jinak untuk berniaga juga boleh mengikut atau melakukan 5 perkara ini bagi menambah pendapatan semasa pkp.

  40. Assalamualaikum/Salam Sejahtera,
    Pada pemahaman dan sudut pandangan saya adalah usahawan mahupun seseorang yang berkecimpung dalam dunia perniagaan ini mereka perlu bertindak segera merebut peluang belajar berkenaan dunia perniagaan digital/dalam talian. Hal ini demikian kerana perniagaan digital mampu mendatangkan pelbagai kebaikan dan kemudahan kepada pengguna serta pembeli. Sememangnya ramai yang terjejas semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuklah usahawan dan peniaga-peniaga kecil. Mereka tidak dapat keluar untuk berniaga. Justeru itu, 5 tips di atas sangat membantu usahawan-usahawan di Iuar sana memulakan kembali perniagaan dan menambahkan pendapatan. Tidak ketinggalan, saya amat bersetuju dengan kenyataan seperti di atas iaitu usahawan perlu fokus kepada perbelanjaan keperluan dan bukan kehendak yang tidak mendatangkan nilai kepada pendapatan kita. Usahawan perlu siap sedia dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku kepada dunia perniagaan dengan cara bina jaringan untuk kepentingan masa hadapan.
    Terima Kasih.

  41. Assalamualaikum,
    Saya setuju dgn cadangan diatas, memandangkan saya juga mempunyai perniagaan sendiri, saya kini mula menggunakan pelbagai platform untuk memastikan produk kami sentiasa berjalan dalam musim pkp ini.

  42. Pada pendapat saya 5 perkara diatas adalah penting yang perlu dilakukan oleh usahawan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membantu usahawan untuk maju dalam bidang perniagaan,Ini juga dapat mendorong usahawan untuk merancang strategi selepas Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) agar usahawan dapat mengekalkan kemajuan perniagaannya. Usahawan juga dapat menggunakan media sosial untuk memajukan perniagaan semasa Perintah Kawalan Perniagaan (PKP) agar perniagaan masih mendapat sambutan daripada pelanggan dan agar perniagaan tidak mengalami kerugian dan ini boleh mengurangkan pembelajaran dan menambah pendapatan usahawan.

  43. Pada pendapat saya 5 perkara diatas adalah penting yang perlu dilakukan oleh usahawan semasa Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) membantu usahawan untuk mendapat kemajuan dalam bidang perniagaan. Usahawan boleh menggunakan media sosial untuk memajukan perniagaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) agar perniagaan masih mendapat sambutan pelanggan dan agar perniagaan tidak mengalami kerugian dalam bidang perniagaan dan ini dapat mengurangkan pembelajaran dan meningkatkan pendapatan usahawan dalam bidang perniagaan.Selain itu, usahawan juga perlu merancang strategi perniagaan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) agar usahawan dapat mengekalkan kemajuan perniagaannya.

  44. I agree with the statement above as I a seller myself was very hard to send the product to the customer as I scared of the covid 19 same goes to the customer. With the sosial media, not just me but other seller can post out the product while taking care of their safety and also can meet and befriend the future customer

  45. Pada pendapat saya, 5 perkara yang usahawan perlu buat semasa perintah pergerakan (PKP) merupakan poin yang baik untuk usahawan yang ingin menceburi dunia perniagaan.

  46. Saya bersetuju dengan 5 perkara yang usahawan perlu buat semasa perintah pergerakan (PKP) . Lebih lebih lagi dengan perkara mengenai persediaan dari segi teknologi . Ini kerana kebanyakan masyarakat memang gemar membeli belah secara atas talian atas . Dengan ini, usahawan perlu merebut peluang mempromosikan produk mereka secara meluas menerusi medium ini .

  47. Pada pendapat saya, 5 perkara yang usahawan perlu buat semasa PKP adalah penting dan keperluan. Usahawan perlu berusaha untuk melakukan 5 perkara yang berikut di atas tanpa takut. Masa ini adalah cabaran kepada usahawan. Usahawan mesti menghadap cabaran ini tanpa putus asa.

  48. Pada pendapat saya, lima perkara di atas merupakan perkara yang perlu dititik beratkan sepenuhnya oleh para usahawan tidak kira dalam situasi PKP atau pun tidak. Terutama sekali tentang merangka strategi yang tepat agar dapat mengurangkan risiko dalam membangunkan perniagaan. Selain itu, norma baharu ketika ini mendatangkan banyak cabaran kepada para usahawan, justeru dengan idea untuk mempelajari teknologi digital adalah sangat wajar, sekaligus meningkat kemajuan diri dalam arus pemodenan pada masa kini.

  49. Sebuah perniagaan perlulah dirangka dengan baik terutama musim covid-19 ini. Pentingnya “target market” dan target buyer untuk memilih lokasi amatlah sukar kerana pada musim covid ini, rakyat diingatkan untuk senantiasa duduk dirumah jika tidak ada urusan yang penting, jadi amat penting untuk merangka perniagaan di atas talian.

  50. Saya sangat setuju dengan 5 perkara di atas kerana ianya sangat penting untuk seorang yang ingin berjaya dalam bidang perniagaan. Lebih-lebih lagi pada masa sekarang ini, ramai orang yang hendak menjalankan bisnes tapi tiada serapkan kelima-lima benda tersebut dalam diri mereka. Kesannya, mereka akan cepat rasa down dan give up kerana jualan mereka tidak berhasil/tidak berjaya/tiada untung. Oleh itu, mereka perlu mendisiplinkan diri mereka jika mereka mahu menjadi seorang usahawan yang berjaya.

  51. Pada pendapat Saya, ini adalah satu perkongsian yang amat berguna untuk para peniaga. Dalam situasi pandemic ini, para peniaga semestinya sedar bahawa platform perniagaan secara online merupakan salah satu langkah yang boleh dilaksanakan untuk memastikan perniagaan mereka terus berjalan secara lancar serta meminimumkan kerugian yang mereka hadapi dalam situasi ini.

  52. Pada pendapt saya, di musim PKP ini, 5 perkara di atas adalah sangat penting untuk peniaga. Ini kerana perkara-perkara tersebut dapat membantu peniaga untuk meneruskan aktiviti perniagaan mereka walaupun tidak dapat untuk keluar rumah. Selain itu, berniaga secara online juga dapat membantu peniaga untuk meluaskan perniagaan mereka kerana pengguna Internet dari serata Malaysia dapat mengetahui tentang perniagaan tersebut. Aktiviti perniagaan online juga tidak akan terhenti apabila musim PKP tamat dan masih boleh dijalankan seperti biasa dalam apa jua keadaan.

  53. Pada pendapat saya, seorang usahawan perlu kreatif dan berinovatif dalam perniagaan mereka. Pada Masa PKP ini, ereka perlu lebih berkreatif untuk memajukan perniagaan mereka dengan penggunaan teknologi berdigital. Hal ini kerana, penggunaan teknologi berdigital sangat mudah untuk menyampaikan sesuatu maklumat dan tersebar dalam kalangan ramai.

    Nama: Gunawathi Subramaniam
    No. Matrik: D20191087062

  54. Assalamualaikum dan salam sejahtera,

    Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih atas perkongsian DR berkaitan 5 perkara yang usahawan perlu buat semasa perintah kawalan pergerakan (PKP). Semestinya ramai usahawan yang terkesan selepas negara kita diumumkan pandemik ini. Oleh itu, sebagai usahawan yang sentiasa berfikiran positif dan tidak mengenal erti putus asa akan cuba mencari jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini. Dengan ini, saya amat bersetuju dengan pendapat yang telah Dr kongsikan buat semua usahawan. 5 perkara tersebut amatlah bersesuaian bagi setiap usahawan. Perintah kawalan pergerakkan(PKP) ini bukanlah satu halangan yang besar buat mereka malahan dapat memberi satu pembelajaran yang baru bagi setiap usahawan yang kurang mahir dalam mengendalikan teknologi digital pada zaman sekarang. Bagi usahawan yang mahir dalam media sosial itu merupakan satu bonus buat mereka kerana dapat menggembangkan dan meluaskan lagi perniagaan mereka.Namun, itu bukanlah penghalang bagi usahawan yang kurang mahir dalam dunia IT pada zaman ini. Terdapat juga pihak yang mengambil berat akan isu ini dan telah mengambil satu ini inisiatif dengan menganjurkan kelas bagi usahawan yang kurang mahir dalam IT.

    No.Matrik : D20172081298
    Group : A

  55. Saya sangat setuju dengan kenyataan Dr. Hariz diatas mengenai 5 perkara yang usahawan perlu buat semasa PKP. Hal ini kerana melalui teknologi para usahawan boleh mempromosi produk mereka. dan dari segi pembelajaran perkara baru pula bagi yang masih baru berjinak dengan perniagaan ataupun belum memulakan perniagaan mereka boleh mencari ilmu baru untuk meningkatkan jualan produk dan cara-cara memulakan perniagaan dengan percuma. selain itu, rangka strategi pula dapat meringankan bebanan usahawan semasa pkp ini dimana seperti yang kita lihat selepas pkp ramai usahawan yang rugi akibat barangan mereka banyak yang telah rosak. dan dari segi bina jaringan pula para usahawan perlu terus bangkit dan jangan putus asa dengan norma yang menimpa ini. akhir sekali dari segi kurangkan pembelanjaan dan tambah pendapatan pula lebih kepada memupuk orang awam untuk berniaga dan atur pembelanjaan dengan baik.

  56. Terima kasih Dr Hariz atas perkongsian artikel yang bermanfaat ini. Saya amat bersetuju dengan lima perkara apa yang perlu usahawan buat semasa PKP. Kita sedia maklum satu dunia sedang dilanda bencana pandemik Covid19. Hal ini menyebabkan ekonomi negara mengalami kerugian yang banyak dan usahawan pun turut terjejas. Dengan 5 perkara di atas, sangat membantu usahawan menjalankan perniagaan sepanjang tempoh bencana. Di waktu musim PKP, banyak masa terluang yang kita boleh gunakan untuk mempelajari ilmu digital perniagaan. Tambahan lagi, terdapat banyak medium atau platform yang boleh digunakan oleh usahawan diantaranya melalui Youtube, Facebook dan sebagainya. Di samping itu, usahawan perlu sentiasa merancang strategi untuk mencari pendapatan semasa PKP. Mungkin sebelum ini, usahawan berniaga seperti biasa tanpa menggunakan teknologi digital, jadi semasa musim PKP ini usahawan boleh merancang strategi menggunakan online platform untuk berniaga pula. Perniagaan digital semestinya amat menguntungkan serta mampu membantu usahawan memajukan lagi perniagaan. Tatkala ekonomi negara mengalami kerugian, kita boleh mengurangkan perbelanjaan yang memenuhi kehendak dan hanya membeli barang yang berkeperluan. Hal ini secara tidak langsung, kita dapat bersedia untuk masa hadapan.

  57. Pada pendapat saya, usahawan perlu bijak dalam tempoh pkp ini. Saya amat bersetuju dengan 5 perkara yang dinyatakan. Teknologi digital seperti Facebook, Instagram, WhatsApp, Google My Business, Google trends and SEO adalah platform yang boleh digunakan untuk memasarkan produk mereka. Teknologi ini juga boleh digunapakai dalam jangka masa yang lama malah akan membantu meningkatkan hasil pendapatan selepas tempoh pkp juga. Dalam tempoh pkp ini juga usahawan boleh membina rangka srategi untuk pemasaran selepas pkp kerana sebagai contoh pengusaha restoran dan warung, waktu tempoh pkp mereka hanya ambil pesanan secara atas talian dan tidak perlu menghidankan hidangan ke meja pelanggan, namun selepas tempoh pkp, mereka perlu menerima tempahan atas talian dan menghidangkan makanan ke meja pelanggan juga. Usahawanperu bijak dalam mengatur langkah dan strategi seperti mengambil khidmat runner atau Food Panda atau Food Grab dan sebagainya.

  58. Pada pendapat saya, penggunaan teknologi digital adalah langkah yang paling bijak untuk usahawan. Ini kerana mereka dapat berurus niaga secara atas talian sahaja dan ini dapat mengelakkan urusniaga secara face to face yang akan mengakibatkan peningkatan kes COVID-19.

  59. Saya amat bersetuju dengan 5 perkara yang dinyatakan di atas. Ini kerana, wakty genting seperti ini ramai anak muda tidak dapat tawaran bekerja dan ada yang sudah mempunyaj kerja diberhentikan kerja pula ekoran daripada PKP ini. Pada pendapat saya amatlah bagus jika kita semua menceburkan diri dalam bidang keusahawanan kerana bukan sahaja kita dapat memberi kelebihan kepada diri kita malah kita boleh membuka peluang kepada orang ramai untuk menjadi usahawan juga.

  60. Saya bersetuju dengan apa yang dikatakan do artikel tersebut . Pada sama sekarang usahawan boleh belajar cara marketing, teknik untuk bisness dengan mengikuti seminar secara online daripada Hasbul Brother dan sebagainya. Hal ini kerana, penggunaan teknologi berdigital sangat mudah untuk menyampaikan sesuatu maklumat dan tersebar dalam kalangan ramai.

  61. Saya amat bersetuju dengan 5 perkara yang usahawan perlu buat semasa pkp. Satu cadangan yang saya tertarik adalah kurangkan perbelanjaan dan tambah pendapatan. Hal ini kerana dalam keadaan pandemik ini kita sedia maklum yang ekonomi di malaysia bahkan dia dunia jatuh merudum. Jadi sebagai usahawan perlu berjimat cermat dan dapat membezakan keperluan dan kemahuan. Dalam keadaan pandemik ini kita dapat mengurangkan banyak perkara. Seperti kos sewa tapak dan kos minyak kenderaan ke tapak perniagaan. Jadi usahawan perlu membuat perancangan dalam meletakkan bajet keperluan itu dengan sebaiknya dan teliti supaya tiada kerugian yang kita dapat.

  62. Salam sejahtera. Terima kasih untuk 5 perkara yang telah dinyatakan di atas. Pada pendapat saya, saya bersetuju mengenai kesemua hal tersebut kerana ada pepatah berkata, “Jika selepas PKP kita tidak belajar apa-apa (perkara baharu), kita bukan kekurangan masa tetapi kekurangan disiplin”. Bagi seorang usahawan yang ingin berjaya semestinya mempunyai daya usaha yang tinggi dan iltizam untuk menambah ilmu dan memperbaiki diri dari masa ke masa. Pada masa yang sama, pepatah usahawan juga menyatakan, jika kita tidak ingin/mampu bekerja lebih masa selama 3 tahun untuk mencapai impian kita, kita akan terus bekerja 8 jam sehari untuk selamanya. Oleh itu, waktu PKP inilah masa yang tepat bagi para usahawan untuk mengatur strategi bagi menempuh masa depan yang lebih mencabar. Sekian.

  63. Saya bersetuju dengan 5 pendapat tersebut,lebih-lebih lagi dri segi pengunaan teknologi digital.Hal ini kerana pelabagai perkara boleh dicapai dan disebarkan mengunakan teknologi zaman kini.Pada pendapat saya ianya sangat penting kerana dapat memudahkan usahawan semasa PKP.Hal ini kerana usahawan tidak dapat keluar dari kediaman untuk melakukan urusan jual beli,namun mereka masih dapat melakukannya secara atas talian.

  64. Saya bersetuju dengan pendapat-pendapat yang dinyatakan di atas. Terutamanya belajar perkara baru dan merangka strategi selepas PKP kerana sebagai usahawan kita haruslah sentiasa berusaha untuk menangani segala cabaran yang mendatang.

  65. Pada pendapat saya, saya sangat setuju dengan 5 perkara di atas kerana ia merupakan perkara yang penting ketika kita semua mempunyai banyak masa dirumah. Ia merupakan satu kelebihan dan mempunyai kebaikan jika kita belajar sesuatu yang baru dalam norma yang baru. Sama seperti saya sebagai seorang penjual, ia memberi satu impak yang amat besar kerana kekurangan pelanggan. Maka dengan mencari inisiatif yang baru dengan belajar teknologi digital, ia memberi hasil yang sangat positif. Saya dapat mencari pelanggan dengan mudah walaupun di musim pkp.

  66. Salam sejahterah Dr, bagi pendapat saya norma baru ini sememangnya peluang bagi para usahawan untuk berniaga secara online. Online membawa maksud yang sangat luas dan konsep-konsep bagi usahawan. Pada zaman ini, semua manusia menggunakan media sosial tidak kira daripada kanak-kanak hingga ke umur dewasa. Oleh itu, agak mudah untuk para peniaga menyampaikan atau mempromosi bisnes secara online kepada pelanggan dengan menggunakan pelbagai platform sebagai contoh socmed.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Name *