Pernah dengar tentang kursus eUsahawan MDEC 2020? Jom saya terangkan.
Pengenalan Tentang Kursus eUsahawan MDEC 2020
Kursus eUsahawan ini sebenarnya satu program tajaan kerajaan di bawah kelolaan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Tujuan utama kursus eUsahawan ini ialah untuk melatih usahawan tentang ilmu perniagaan digital. Target utama kursus eUsahawan ini ialah usahawan mikro, luar bandar dan belia.
MDEC
MDEC adalah satu badan peneraju ekonomi digital di Malaysia. MDEC telah memacu transformasi digital dan penggunaan teknologi digital di sektor awam dan swasta di Malaysia sejak penubuhan pada tahun 1996.
Pengiktirafan Kursus eUsahawan
Kursus eUsahawan ini telah mendapat pengiktirafan oleh badan pengiktirafan United Kingdom, Ofqual. Content Kursus eUsahawan ini dibangunkan oleh MDEC dan pemain industri.
Trainer Kursus eUsahawan
Kursus eUsahawan ini mempunyai trainer yang berlatar belakangkan kemahiran pemasaran digital dan perniagaan digital. Di antara trainer tersebut ialah saya sendiri, Dr. Muhamad Hariz. Berikut antara biodata tentang saya:
Saya adalahย Certified Trainer Kursus eUsahawan. Mempunyai lebih dari 10 tahun pengalaman dalam bidang IT, ย saya uga adalah Trainer pemasaran digital untuk usahawan mikro dan pengasas agensi pemasaran digital bernama AUTO SOFT. Saya juga sedang berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Malaysia. Saya mempunyai Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D.) dalam bidang ITย dari Universiti Teknologi PETRONAS, Ijazah Sarjana dan Sarjana Muda Sains Komputer dari Universiti Sains Malaysia (USM).ย
Kelas Kursus eUsahawan
Kursus eUsahawan ini telah dijalankan secara face-to-face (berhadapan) dan secara online. Sejak Dunia dilanda ancaman virus Covid-19 pada tahun 2020, Kursus eUsahawan online telah diperkenalkan. Para usahawan yang menyertai Kursus eUsahawan ini mempunyai kemudahan dari segi masa dan keselesaan di mana mereka tidak perlu hadir ke kelas fizikal dan hanya belajar dari rumah atau pejabat.
Manfaat Kursus eUsahawan
Apakah manfaat menyertai Kursus eUsahawan ini? Usahawan dapat mempelajari pelbagai teknik-teknik dan rahsia perniagaan digital. Antaranya ialah teknik copywriting, softsell, hardsell, teaser, teknik design secara kreatif dan mudah menggunakan Canva, rahsia Search Engine Optimization (SEO), serta teknik Instagram dan Facebook Marketing.
Cara Nak Sertai Kursus eUsahawan
Tunggu sahaja iklan dari trainer apabila Kursus eUsahawan ini ditawarkan. Setiap tahun, ada kuota yang diberikan oleh MDEC. Jadi rebut peluang dengan segera. Usahawan yang berminat boleh mendaftar di:
http://bit.ly/drharizeu1