
Program eUsahawan 2020, Belajar Perniagaan Digital Percuma
Program eUsahawan 2020 ialah peluang untuk belajar perniagaan digital percuma. Ia bertujuan untuk menerapkan nilai keusahawanan digital dan pengetahuan kepada usahawan mikro, luar bandar dan belia untuk penjanaan pendapatan, pemasaran produk dan peningkatan jualan. Maklumat lanjut: https://drhariz.com/eusahawanmdec
Program eUsahawan 2020 adalah kursus latihan sebenar menggunakan sukatan pelajaran yang dibangunkan oleh MDEC dan pemain industri dan diiktiraf oleh badan pengiktirafan, Ofqual United Kingdom. Di samping itu, e-Usahawan boleh didapati sebagai program pembelajaran dalam talian interaktif dan boleh diakses di www.go-ecommerce.my, menyediakan alternatif kepada peserta yang tidak mempunyai akses, masa atau kewangan untuk menghadiri kursus.
Program eUsahawan 2020 Memberi Ilmu Baru Perniagaan Digital Secara Percuma
Apa ilmu perniagaan digital yang anda akan dapat dari eUsahawan 2020 ini? Antaranya ialah:
- Google Trends & SEO
- Facebook Page
- WhatsApp Business
- Instagram Business
- Google My Business
- Modul pelajaran percuma secara online
- Sijil penyertaan eUsahawan
Anda Juga Akan Dapat Sijil Dari MDEC
Kenali Jurulatih Program eUsahawan 2020
Dr. Muhamad Hariz bin Muhamad Adnanย adalah pelatih Program eUsahawan Kelas Perniagaan Digital Percuma 2020. Beliau mempunyai lebih dari 10 tahun pengalaman dalam bidang IT. Beliau juga adalah jurulatih pemasaran digital untuk usahawan mikro dan pengasas agensi pemasaran digital bernamaย AUTO SOFT. Beliau juga sedang berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Malaysia. Beliau mempunyai Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D.) dalam bidang IT dari Universiti Teknologi PETRONAS, Ijazah Sarjana dan Sarjana Muda Sains Komputer dari Universiti Sains Malaysia (USM).
Comments (2)