5 perkara yang usahawan perlu buat semasa perintah kawalan pergerakan (PKP)

๐Ÿฑ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—จ๐˜€๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐˜‚ ๐—•๐˜‚๐—ฎ๐˜ ๐—ฆ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—ฃ๐—ž๐—ฃ

Ramai usahawan tidak tahu akan 5 perkara yang usahawan perlu buat semasa perintah kawalan pergerakan (PKP). Ramai usahawan yang tiada pendapatan semasa PKP kerana tidak boleh menjalan perniagaan. Jadi, apa yang usahawan boleh lakukan?

Adakah berdiam diri dan berserah kepada takdir?

Atau mencuba perkara yang baru?

Saya senaraikan 5 perkara yang usahawan perlu buat semasa perintah kawalan pergerakan (PKP).

 

๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜๐—ฒ๐—ธ๐—ป๐—ผ๐—น๐—ผ๐—ด๐—ถ ๐—ฑ๐—ถ๐—ด๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—น

Teknologi digital seperti Facebook, Instagram, WhatsApp, Google My Business, Google trends and SEO antara alat yang sangat membantu perniagaan sebelum PKP. Selepas PKP, saya pasti lebih banyak perniagaan akan bergantung kepada teknologi digital. Inilah โ€œNew Normalโ€ yang perlu dihadapi oleh usahawan hari ini.

 

๐—•๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚

Mungkin sebelum PKP, usahawan tidak mempunyai masa untuk belajar perkara baru. Sekarang ialah masa yang sangat sesuai. Luangkan masa untuk belajar perkara baru seperti dunia perniagaan digital, cara berkomunikasi, cara membuat jualan, cara marketing dan sebagainya. Jika anda berminat untuk belajar tentang ๐™™๐™ช๐™ฃ๐™ž๐™– ๐™ฅ๐™š๐™ง๐™ฃ๐™ž๐™–๐™œ๐™–๐™–๐™ฃ ๐™™๐™ž๐™œ๐™ž๐™ฉ๐™–๐™ก, boleh pergi ke https://drhariz.com/eusahawanmdec untuk belajar secara percuma.

 

๐—ฅ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ ๐˜€๐˜๐—ฟ๐—ฎ๐˜๐—ฒ๐—ด๐—ถ ๐˜€๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐˜€ ๐—ฃ๐—ž๐—ฃ

Selepas PKP ditarik balik, mungkin masyarakat masih berhati-hati untuk membeli dan keluar ke tempat awam. Jadi, penting untuk usahawan merancang dari sekarang apa yang boleh dilakukan jika perkara ini benar-benar terjadi. Mungkin usahawan boleh membina system untuk mengambil tempahan secara online menggunakan WhatsApp dan membuat penghantaran.

๐—•๐—ถ๐—ป๐—ฎ ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป

Sekarang ialah masa yang baik untuk membina jaringan. Jika sebelum ini kita bekerja bersendirian, sekarang ialah masa yang baik untuk bekerjasama. Ramai lagi usahawan yang seperti hilang tujuan dan motivasi. Bekerjasama untuk bersama-sama bangkit dan bantu-membantu selepas PKP adalah idea yang bernas.

 

๐—ž๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฏ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐˜๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป

Mungkin pada masa ini, kita tidak dapat menambah pendapatan secara lansung. Tetapi, kita perlu cuba untuk mengurangkan perbelanjaan. Fokus kepada keperluan dan bukan kehendak. Cuba kurangkan penggunaan yang berkait dengan kehendak seperti langganan bulanan yang tidak memberi nilai tambah kepada pendapatan kita sekarang. Usahawan juga mungkin boleh cuba membuat kerja di atas talian bagi menambah pendapatan.

Kita tidak pasti apa yang akan berlaku di masa hadapan. Adakah dunia perniagaan akan kekal seperti biasa atau dunia digital akan menjadi norma baru dalam perniagaan. Apapun, bersedia dari sekarang. Masa yang ada sementara PKP wajib dimanfaatkan sebaiknya.

Semoga perkongsian 5 perkara yang usahawan perlu buat semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) ini memberi manfaat.