5 Tips Membina Jenama yang Berjaya oleh Dr Hariz

5 Tips Membina Jenama yang Berjaya

Dalam artikel ini, saya kongsikan 5 Tips Membina Jenama yang Berjaya. Contoh jenama yang berjaya di Malaysia adalah McDonald. Jenama yang berjaya mudah diingati oleh pelanggan dan dilihat sebagai satu jenama yang positif. Oleh itu, penting untuk usahawan mengetahui cara untuk membina jenama yang berjaya.

Penjenamaan dalam pemasaran mesti dapat membuat pelanggan anda mengingati sesuatu tentang perniagaan anda. Contohnya, syarikat teknologi maklumat perlu menggunakan peralatan yang terkini untuk menunjukkan tahap teknologi syarikat tersebut kepada pelanggan.

Jenama terdiri daripada beberapa perkara asas seperti:

  •                Nama
  •                Logo (ikon jenama)
  •                Jenama warna
  •                Slogan dan pesanan jenama
  •                Pengalaman

Langkah awal untuk membangunkan jenama yang berjaya adalah menetapkan visi jenama dan objektif yang jelas. Kemudian, usahawan perlu mengambil berat perkara berikut:

Berbeza/Unik

Jenama anda perlu berbeza, jika anda memberikan nilai yang sama pada harga yang sama mengapa pengguna akan memilih anda berbanding pesaing anda? Jenama anda harus menyampaikan nilai yang berbeza dengan jelas.

Nilai Tambah

Jenama anda harus memberi nilai tambahan kepada pembeli. Pembeli memerlukan nilai tambah dalam setiap produk dan perkhidmatan anda.

Kualiti

Sekiranya jenama dan produk anda berkualiti rendah, pasti sukar mendapat kesetiaan pelanggan pada jenama anda. Pesaing anda pasti ymenunggu untuk mengambil bahagian pasaran anda. Jangan biarkan kualiti yang rendah menjadi alasan perniagaan anda gagal

Komunikasi berstruktur

Dengan pasaran yang semakin tepu, menjadikan jenama anda dapat diingat dengan baik dengan alasan yang betul adalah intipati kejayaan jenama. Teknik promosi anda memerlukan teknik komunikasi atas talian yang pelbagai untuk mengekalkan momentum jenama anda, contohnya menggunakan media sosial, email dan WhatsApp. Anda boleh belajar menggunakan digital marketing secara percuma dengan mendaftar kelas eUsahawan 2021.

Sokongan

Individu dalaman adalah kunci perniagaan anda dan pemasaran dalaman harus menjadi keutamaan bagi mana-mana pengurus pemasaran. Pastikan anda mempunyai pekerja yang menyokong jenama anda.

5 Tips Membina Jenama yang Berjaya

Sekian sahaja artikel 5 Tips Membina Jenama yang Berjaya. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada usahawan-usahawan yang sedang membangunkan jenama masing-masing.