Mana Lebih Baik, Sambung Belajar Smpai PhD Terus atau Kerja Dahulu?

Active 19

Bila cakap tentang mana yang lebih baik, Sambung Belajar Smpai PhD Terus atau Kerja Dahulu niΒ ianya subjektif.

Jadi, apa yang tulis ni ialah pandangan peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengamatan sekeliling.

Kes pertama, selepas tamat Degree (ijazah sarjana muda), terus sambung ke Master dan Phd.

Kes kedua, selepas tamat Degree terus sambung ke Master. Selepas tamat Master, bekerja dan kemudian sambung PhD.

Kes ketiga, selepas tamat Degree terus bekerja. Kemudian sambung Master dan PhD.

Dalam kes pertama, kebaikan yang jelas ialah masa untuk mendapat PhD adalah lebih cepat. Ada yang berumur 28 dah ada PhD. Jika anda terus direct dari dari Degree ke PhD, boleh lebih cepat dapat PhD.

Tetapi, kekurangan yang saya lihat ialah tiada pengalaman bekerja. Biasanya graduan PhD tersebut ingin bekerja sebagai pensyarah di Universiti sesudah tamat pengajian. Oleh kerana kurang pengalaman kerja, maka sukar untuk graduan mendapat kerja di industri.

Persaingan untuk menjadi pensyarah juga semakin kuat. Jika graduan tersebut tidak mempunyai kelebihan yang unik seperti banyak journal Q1 dan Q2 serta personaliti yang menarik, maka makin sukar untuk bersaing. Universiti juga ingin mereka yang mempunyai pengalaman industri.

Kita lihat hari ini ada graduan kes pertama ini mengeluh sukar mendapat pekerjaan yang diidamkan dan sesuai dengan ijazah seperti kisah PhD holder kerja Grab Food (ini masih pekerjaan yang mulia dan rezeki yang halal).

Untuk kes yang kedua, kebaikannya ialah anda masih bersemangat untuk sambung Master selepas tamat Degree. Anda mengenali pensyarah-pensyarah di universiti dan di sini peluang untuk buat networking.

Anda juga boleh meminta kerja menggunakan Degree dan Master dikemudian hari.

Tetapi, anda akan kurang dua tahun pengalaman kerja berbanding rakan-rakan yang terus kerja selepas tamat Degree.

Ramai juga yang berhenti Master separuh jalan kerana hilang fokus dan rasa nak bekerja. Ada yang berhenti kerana nak berkahwin.

Untuk kes kedua, perlu motivasi yang tinggi. Perlu amalkan ‘delay gratification’. Saya adalah dari kes yang kedua.

Untuk kes yang ketiga, kebaikannya ialah anda ada pengalaman kerja yang banyak. Anda ada kewangan yang kukuh. Anda boleh membina kerjaya dan keluarga dari awal.

Cuma anda perlukan motivasi yang sangat tinggi kerana biasanya untuk kes yang ketiga, Master dan PhD dilakukakan secara separuh masa.

Tanpa sebab yang jelas, anda akan berhenti Master dan PhD separuh jalan. Anda juga akan habis PhD lebih lambat berbanding kes pertama dan mungkin kes kedua.

Ketiga-tiga pilihan ini ada baik dan buruk masing-masing.

Tepuk dada tanya selera.

Muhamad Hariz Adnan

 

http://t.me/TipsDrHariz

Nak tips artikel Master & PhD baru terus ke email anda

Barulah tak terlepas dan senang nak baca 😊😊

πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

https://subscribe.drhariz.com

63c67498ce3c806483aa4d2a2b785381

26 thoughts on “Mana Lebih Baik, Sambung Belajar Smpai PhD Terus atau Kerja Dahulu?

  • Hai sy kes ke dua juga…dan saya sgt nak drop master sy skrg sem dua time pkp lagi. Saya rasa sgt stress. Lect tidak mengajar hanya suruh baca sendiri danbuat sendiri semua lagi dia berikan keje yg sukar dlm waktu yg singkat. Sgt tidak patut. Skrg sy keje biz sendiri part time. Sy tahu even sy bersungguh2 pun sy tak mampu utk buat research. Saya bukan level org bijaksnaba. Im dont with hardwork tpi hasil tiada yg ada hanyakan penambah kesan buruk pada mental health sy. Ade pandangan awk?

    1. Hai Mim, jangan putus asa. Teruskan mencari ilmu tentang postgraduate. Tidak semestinya hanya lecturer/supervisor yang boleh bagi kita ilmu. Nak tamatkan Master dan PhD ni tidak semestinya perlu pandai, tapi perlu sikap tidak putus asa. Semoga berjaya!!

  • Salam, hi saya graduan sarjana muda semester akhir di uitm shah alam. dan saya mempunyai dilema sama ada mahu kerja atau sambung master. Saya mahu sambung master kerana lebih minat belajar dari bekerja (buat masa ni) niat belajar saya membuak2 dan ingin tahu lebih dalam tentang sesuatu (even atas kertas/ result saya x sberapa). tapi saya tahu saya x mampu untuk fokus kerja dan belajar master dalam masa yang sama.
    .
    saya sudah berbincang dengan ibu bapa- antara cons yang mereka utarakan adalah graduan master tanpa pengalaman sangat susah nak dapat kerja .
    .
    jadi boleh saya dapat pendapat ketiga daripada reader dan tuan blog.
    terima kasih

    1. Salam Nabil, susah sebenarnya nak cakap sekarang yang mana lebih baik, sama ada sambung Master atau kerja. Kita tak tahu masa hadapan.

      Kadang-kadang kita rasa nak belajar lagi sebab kita dah rasa selesa sebagai student. Mungkin Nabil boleh cuba cari kerja dahulu, tengok apa yang akan terjadi nanti. Inshaallah peluang sambung Master tu takkan lari. Kalau dah ada rezeki nanti, tak ke mana.

      Sambil kerja pun sebenarnya boleh belajar banyak perkara. Banyak perkara yang kita tak dapat belajar semasa di Universiti. Bagi saya, paling baik adalah seimbang kedua-duanya. Kemudian kalau Nabil nak sambung study selepas cukup pengalaman, silakan.

    2. Waalaikumsalam. Saya bagi cadangan, start kerja. Zaman sekarang, ramai ada sijil. Tapi ramai menganggur. Pengalaman tu lebih penting dari semua. Bila kerja, kenal lebij ramai orang, banyak kenalan dari pelbagai peringkat, semua mengajar kita jadi lebih matang & bertanggungjawap. Boleh berbakti pada orang tua lagi kalau ada duit gaji sendiri. Belajar tu bila2 pun boleh sambung. Ambil pengalaman dulu.

    3. Betul, tiada penglmn mmg susah nk dpt kerja , sy sbgi HR bnyk perhati, plus yg master demnd gji tinggi, dan bila start kerja semua bnda tak reti, bnyk kna didik lgi lgi hal hal yg perlukn logik thingking and manners.Pndgn sy, better buat mster prt time n at the same time prt time kerja.

      1. saya bersetuju dengna pendapat tuan. Jika boleh, buat Master part time sambil kerja full time. Ataupun, buat Master full time sambil kerja part time. Pengalaman kerja itu sebenarnya sangat bernilai sama seperti ilmu yang kita dapat dari belajar di Universiti.

  • assalam hai. saya sedang menyambung master sejurus slps tamat degree. (jurusan linguistik melayu).
    sy dlm dilema samada perlu menyambung phd terus atau bekerja. tetapi, untuk mnjadi pensyarah, rata2 uni mensyaratkan utk mempunyai phd.
    sy bimbang jika sy memilih untuk bekerja, tempoh menganggur sementara menunggu kelulusan, hampir sama dgn tmpoh buat phd. sy juga bimbang jika sy sambung phd, sy tiada pengalaman bekerja. boleh Dr berikan pandangan?

    1. Waalaikumsalam syada. Dalam bidang syada ni, rasanya mudah bekerja part time/freelancer. Boleh kerja translation, cikgu tuisyen dan sebagainya sambil teruskan PhD. Itu juga pengalaman kerja.

  • Assalamualaikum Dr, selepas habis degree i straight away continue my master in research mode (financial management) but I’m working part-time as an accountant.
    Memang rasa tertekan sebab kena buat research sorang-sorang as this is first semester and its quite challenging. Doakan saya dapat concentrate in my studies and complete my master soon.
    Thank you in advance

  • Assalamualaikum.
    Dr, saya bercadang nk sambung master in engineering melalui APEL. Saya graduan diploma kejuruteraan mekanikal politeknik dan ada pengalaman kerja dlm industri selama 12 tahun.

    Apa pendapat Dr mengenai plan saya ni?

  • Assalammualaikum

    Saya mungkin juga akan dikaitkan dengan kes kedua. Saya skrg berada dalam semester akhir utk degree di UM. Saya sedang menjalani latihan praktikal. Dan saya dapat tawaran dari lect utk smbg master tanpa perlu byr yuran sambil bekerja sbgai RA dia. Pd mulanya, agak sukar utk saya kerana tkut tkde keje slps hbis master. But dari sudut positif yg diberi oleh lect saya, dia kata, tahun 2021 agak sukar sama seperti 2020 di mana eko. negara sedang membangun lg dan pasti akan ada lambakan pelajar. Jd saya membuat keputusan utk smbg master.

    Saya nk tahu, proability pelajar master yg dah grad, tinggi ke peluang utk dpt keje dan boleh ke saya jadi RA itu pengalaman saya?

    1. Waalaikumsalam.

      Boleh, tetapi skill yang dimiliki oleh RA biasanya lebih tertumpu kepada penyelidikan. Cadangan saya ialah Fariz perlu belajar skill-skill lain yang diperlukan oleh industri semasa menjadi RA pada masa yang sama. Buat latihan sendiri. Banyak portal-portal yang menyediakan sijil digital. Jadi boleh gunakan sebagai support untuk mendapat kerja nanti. Inshaa Allah.

  • Salam tuan,
    Perancangan saya seperti kes pertama. Saya baru sahaja menamatkan Sarjana Muda di UUM dan mendapat tawaran untuk sambung master by research di UMT sebagai GRA. Seusai tamat pengajian master, saya rancang untuk terus sambung PhD kerana berminat untuk menjadi pensyarah. Tapi saya nak tahu tentang persaingan untuk jaid pensyarah. Adakah terlalu sukar atau masih ada peluang yang cerah. Saya dari bidang Sains Ekonomi. Terima kasih.

    1. Waalaikumsalam Farah.

      Persaingan untuk menjadi pensyarah ini sama sahaja seperti pekerjaan lain. Untuk pekerjaan lain, mempunyai Degree itu boleh dikatakan sebagai kewajipan dan menjadi perkara biasa. Begitulah juga untuk menjadi pensyarah, wajib mempunyai PhD.

      Apabila mempunyai PhD menjadi perkara yang biasa dalam permohonan menjadi pensyarah, pihak universiti akan melihat kepada skill-skill lain yang menjadikan seseorang pemohon unik dan berkelebihan berbanding orang lain. Contoh skill yang boleh digilap ialah: penulisan Jurnal, Pengkomersialan, Perniagaan sebenar, kepimpinan dan komunikasi.

      Jadi, kalau Farah nak ada peluang yang cerah, perlu jadi seorang yang proaktif. Banyakkan terlibat dengan aktiviti-aktiviti selain dari belajar. Pastikan Penulisan jurnal amat baik dan ada rekod yang baik.

  • Assalamualaikum Dr
    Saya adalah graduan master under geran (GRA). Saya berniat untuk berhenti setakat master, tidak menyambung phd dan mencari pekerjaan serta hidup bekerjaya. Baru2 ini saya ditawarkan GRA PhD, saya jadi rambang mata dengan niat saya terdahulu kerana bukan senangmendapattwran sebegitu. Saya masih ragu2.. Apakah yang terbaik utk masa depan says?

    1. Waalaikumsalam Itqan,

      Bagi saya apa yang terbaik ialah mengikut keinginan dan minat Itqan sendiri. Setiap orang punyai keinginan dan minat yang berbeza. Ada orang suka bekerja di industri dan dunia korporat. Ada orang suka mengajar atau buat penyelidikan. Yang mana Itqan minat? Jika tak minat nak belajar dengan lebih tinggi, saya nasihatkan untuk tidak teruskan dahulu. Tapi kalau memang ada minat yang mendalam nak tambah ilmu dan jadi pakar bidang, boleh teruskan dengan PhD.

      PhD ini pengorbanan yang besar. Bukan sahaja duit, tapi masa, keluarga, pasangan dan lain-lain. Tanya diri adakah Itqan dah bersedia?

  • Selamat Petang…sy ini belajar Diploma Kejututeraan Marin (elektrik/elektronik) dan bekerja 4 tahun selepas itu…selepas 4 tahun dapat tawaran sambung pengajian degree dalam management sambil bekerja…sehabis degree sy terus sambung Master dalam pentadbiran perniagaan sambil bekerja juga…sekarang dh habis Master dan berminat utk sambung PHD pula…pertanyaan saya, sy berminat untuk menjadi seorang pensyarah selepas retire dlm pekerjaan sy sekarang…sejauh manakah sy berharga di luar sna…jika sy mempunyai kelayakan PHD dan pengalaman bekerja yang selama 21 tahun?…adakah sy senang untuk mendapatkan pekerjaan sebagai pensyarah?

  • Salam,
    saya skrg ada delima saya pelajar tahun akhir mechanical engineering.Saya kemungkinan besar dpt skip master and bole terus phd kalau saya mantain pointer saya.Soalan saya skrg, saya seberanya nak jadi guru (pendidik) dalam masa yang sama saya jugak ingin sambung phd saya.Soalan yang saya nak tanya its that okay kalau saya buat phd part time ? dalam masa yang sama saya akan apply program DPLI utk jadi guru (pendidik) .its my idea bernas ? kalau saya sambung phd part time and sambung program DPLI (1 tahun)

    1. Hi Alex,

      Follow your heart. Apa yang Alex betul betul ingainkan? Jika Alex nak jadi guru, bagi saya bagus juga idea sambung DPLI dan buat PhD part time. Bergantung adakah universiti benarkan PhD fast track (Dari degree terus ke PhD) untuk dibuat secara part time? Jika tidak boleh, Alex boleh fokus kepada DPLI dahulu dan pada masa yang sama cuba berhubung dengan bakal SV. Alex dah boleh mulakan menulis proposal dan buat kajian awal.

  • Saya kes ke 2. Saya sambung master setelah habis bachelor. Saya dah bekerja selama 2 tahun setelah habis master. Saya nak sambung PhD tapi saya rasa saya masih belum cukup pengalaman kerja. Kalau saya sambung PhD lambat, mungkin akan lebih banyak kekangan, faktor umur dan komitmen. Saya nak jadi lecturer, saya search bidang saya kebanyakannya nak PhD holder.

    1. Jika Farhana nak sambung PhD dan berminat jadi pensyarah, better sambung segera jika masih ada semangat. Lebih lama Farhana tunggu, lebih sukar nanti sebab kurang semangat dan mungkin cabaran lain. Apa-apa pun, Farhana kena nilai betul betul adakah boleh sambung PhD sambil bekerja, atau nak sambung PhD full time sambil buat kerja freelance / part time.

Leave a Reply to Anonymous Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *