Perkara Anda Perlu Tahu Jika Ingin Sambung Master dan PhD

Perkara Anda Perlu Tahu Jika Ingin Sambung Master dan PhD Dr Muhamad Hariz Adnan

Saya akan kongsikan perkara yang perlu anda tahu jika ingin sambung Master dan PhD.

The Big Why

Sebelum anda mulakan perjalanan Master atau Ph.D., soalan yang perlu anda jawab ialah kenapa nak sambung belajar?

Bila ditanya kepada penerima award yang hebat tentang tips pencapaian mereka dalam Ph.D., mereka bangkitkan kepentingan the big why. Tujuan mereka buat Ph.D. adalah kerana curiosity yang tinggi tentang sesuatu bidang ilmu. Tujuan kita sambung Master atau Ph.D. akan menentukan motivasi kita sepanjang pengajian. Sama ada kita menghabiskan pengajian atau tidak bila tiba masa yang sukar. Adakah tujuan anda kerana minat yang mendalam untuk mempelajari dan mengkaji sesuatu bidang ilmu? Jika ya, anda berada di landasan yang betul.

Nasihat Luqman al-hakim kepada anaknya

“Anakku, kalau sejak kecil engkau rajin belajar dan menuntut ilmu. Dewasa kelak engkau akan memetik buahnya dan menikmatinya.”

Adakah sambung Master/PhD masih releven untuk pekerjaan dan gaji yang lebih baik?

Ini antara topik yang ramai orang selalu bincang dan berbeza pendapat.

Ada yang kata tak perlu sambung belajar. Baik kerja terus dan guna pengalaman untuk ‘climb the ladder’ atau membina kerjaya. Ada yang kata ambil Master atau PhD boleh naikkan gaji dan dapat kerja yang lebih lumayan. Bagi saya, ianya kedua-dua sekali.

Dalam sesetengah industri, untuk menjawat jawatan pengurus, kelayakan Master menjadi keutamaan. Contohnya di sektor perkilangan. Jika anda nak jadi seorang pendidik, maka Master dan PhD ialah pilihan yang baik. Jika anda ingin pekerjaan yang berkaitan dengan kajian (research), sambung Master juga bagi saya pilihan yang baik. Sebabnya Master/PhD ni bukan sekadar sijil dan kelayakan, tapi juga mendidik kita berfikir dengan cara yang baru.

Sesetengah pekerjaan yang teknikal seperti Data Scientist juga menerima pemegang Master dan PhD.

Tetapi, jika gaji menjadi sebab kenapa anda ingin menyambung Master dan PhD, saya rasa baik lupakan niat tu. Sebabnya Master dan PhD tidak menjamin gaji yang lebih tinggi berbanding pemegang Ijazah (degree) yang berpengalaman lama di dalam industri. Malah, Master dan PhD tidak menjamin peluang pekerjaan. Yang penting jika anda ikhlas untuk mencari ilmu dan berusaha mengamalkannya, saya percaya pasti ianya berbaloi dengan pengorbanan dan masa anda.

The Dalai Lama, when asked what surprised him most about humanity, he said:

“Man.
Because he sacrifices his health in order to make money. Then he sacrifices money to recuperate his health.

And then he is so anxious about the future that he does not enjoy the present; the result being that he does not live in the present or the future;

he lives as if he is never going to die, and then dies having never really lived.”

Siapa Gagal Merancang, Dia Merancang Untuk Gagal

Sebelum mulakan pengajian Master/PhD, paling baik jika kita buat perancangan. Rancang dari mula sampai habis. Antara perkara yang perlu dirancang ialah:

1. Keperluan untuk graduasi. Contohnya berapa paper/journal yang perlu diterbitkan.

2. Kewangan. Kenalpasti apa sumber kewangan yang ada. Mampu tak untuk habiskan pengajian dengan pelan kewangan yang kita ada.

3. Aktiviti. Master mungkin masa 2 tahun dan PhD mungkin 4 tahun. Jadi rancang aktiviti sepanjang pengajian. Contohnya:

Penyediaan proposal
Proposal defense
Terbit paper/journal
Tulis geran
Cuti
Jalan-jalan
Tulis thesis (Bab1-5)
Pembetulan draf thesis
Pre-viva
Viva
Pembetulan thesis akhir

Mungkin apa yang kita rancang tidak jadi seperti yang kita harapkan. Tetapi sekurang-kurangnya, kita tahu apa yang perlu dilakukan untuk sampai ke penamat.

Perlu kemahiran urus stress jika ingin habiskan PhD dan Master

Ada yang berhenti pengajian bukan kerana tidak pandai, tapi kerana stress yang berlebihan!

Antara punca stress yang biasa ialah masalah kewangan, tiada idea, tidak serasi dengan supervisor dan kurang sokongan dari orang sekeliling.

Saya kongsi cara saya kurangkan stress semasa belajar Master & Ph.D.

Banyakkan berdoa
Tidur awal dan tidur yang cukup
Bangun awal pagi
Banyakkan berpuasa
Baca buku motivasi
Lihat video motivasi
Banyakkan membantu orang lain.

Yang paling penting, jangan bandingkan perjalanan Master/Ph.D kita dengan orang lain.

Ada orang mampu berkahwin semasa belajar. Ada orang mampu GOT. Ada orang mampu publish banyak Q1 dan Q2 journal. Keadaan mereka membenarkan mereka berbuat demikian. Fokus kepada keadaan kita dan buat yang terbaik mengikut kemampuan kita.

Faktor-faktor yang mempengaruhi cepat atau lambat habis Master dan PhD

Ada dua jenis faktor. Yang pertama, yang kita boleh kawal. Contohnya, berapa banyak yang kita tulis dalam sehari. Berapa kali kita berdiskusi dengan SV. Berapa kali kita lari dari SV. Berapa bengkel kita pergi dan sebagainya. Faktor yang tuan-tuan boleh kawal ni faktor yang patut di fokus jika nak habis secepat mungkin. Jika tersasar, tuan-tuan perlu rasa kecewa dan murung seketika.

Faktor yang kedua ialah yang kita tak boleh kawal. Contohnya ditimpa penyakit, SV lari, tempoh tunggu viva dan siapa examiner viva. Jika berlaku perkara tak diingini, tuan-tuan perlu banyakkan bersabar dan cari alternatif. Contohnya, jika tempoh menunggu viva terlalu lama, cuba fokus untuk mencari kerja dahulu. Jika SV lari, kejar. Jika tak dapat, cari SV lain atau tambah cawangan baru (co-sv)

=======================================================================================================================

Jika anda berminat untuk baca tentang Cabaran Buat Master Ph.D. Dalam Negara, boleh baca di sini.

Jika anda nak Tips Untuk Berjaya Temuduga (Interview) Pekerjaan Anda Mahu, boleh baca di sini.

Jika anda nak tips-tips yang berterusan di Telegram, sertai channel telegram saya di bawah:

t.me/TipsDrHariz

Jika berminat untuk menyambung Master (bidang Artificial Intelligence, Data Mining atau IT) di bawah seliaan saya, boleh hubungi saya di sini:

Contact

63c67498ce3c806483aa4d2a2b785381

57 thoughts on “Perkara Anda Perlu Tahu Jika Ingin Sambung Master dan PhD

  • Semua betul. Saya antara yang meredah journey ambil master. Drag sampai 3 tahun. Berjaya siapkan kajian, cemerlang, tulis buku semua tapi tak ada hala tujuan yang sebenar. Akhirnya, seperti yang dikejar tak dapat dan yang dikendong berciciran.

    1. Hebat Tu IRA. Tak semua orang buat seperti IRA. Fikir apa manfaat Yang boleh diberi kepada orang lain dengan ilmu IRA, insyaallah rezeki akan menyusul.

  • Assalamu’alaikum Dr. Terima kasih atas perkongsian. Sangat menarik. Saya merupakan pelajar separuh masa dan masih lagi menuntut di peringkat ijazah sarjana muda (tahun ketiga) dalam bidang sains kemasyarakatan (antropologi/sosiologi) di USM. Buat masa ni, saya hanya bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta dan memiliki kelulusan Diploma Kaunseling Islami dari USAS.

    Saya ada niat untuk sambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi selepas tamat degree nanti. Cuma saya keliru bidang mana yang patut saya tumpukan kerana saya memang minat kedua-dua bidang yang saya pelajari ni. Walaupun saya sedar mungkin agak terlalu awal untuk saya bertanya, tentang ni. Tapi keinginan untuk tahu apa persiapan, dsb, yang perlu saya pertimbangkan sebelum sambung pengajian ke peringkat seterusnya membuatkan saya sering tertanya-tanya.

    Hajat saya biarlah lepas tamat degree terus sambung master tanpa buang masa. Sebab tu dari sekarang saya sangat berkobar-kobar nak tahu tentang perkara ni. Harap Dr dapat bantu celikkan minda saya ni.

    Terima kasih Dr.

    1. Waalaikumsalam Siti Maimunah,

      Sangat baik niat Siti untuk sambung belajar diperingkat lebih tinggi. Siti juga sedang bekerja buat masa ni. Sangat bagus. Sebelum sambung belajar nanti, Siti perlu consider perkara ini. Di antara dua bidang tersebut, bidang mana yang ada peluang pekerjaan dan lebih diperlukan oleh masyarakat pada masa kini dan masa akan datang? Sebaik-sebaik ilmu dan manusia itu yang memberi manfaat. Rugi jika Siti sambung belajar bidang yang tidak dapat beri manfaat yang besar kepada diri sendiri dan masyarakat. Jadi Siti pilih bidang ilmu mengikut keperluan dan permintaan (demand).

      Untuk persediaan, Siti perlu bersedia dari segi kewangan dan tujuan yang kuat dan jelas untuk sambung belajar. Kerana nanti kedua-kedua ini sangat penting untuk pastikan Siti dapat habiskan belajar nanti. Pertama, duit. Kedua, motivasi.

      Harap membantu Siti. All the best. Inshaallah.

  • Assalamualaikum Dr. Terima kasih atas perkongsian. Saya sebenarnya ingin menjadi seorang pendidik tapi saya tidak ada sijil pendidikan. Saya delima untuk ambil Dpli atau master.

    Saya baru sahaja habis degree dlm pengajian quran & sunnah dan
    baru bekerja sbgai kerani di sebuah sekolah kafa. Dalam masa yg sama seorg lecturer di Universiti saya offer saya untuk menjadi research assistant di bawahnya dan dari situ saya boleh sambung master tapi bukan master pendidikan cuma master quran & sunnah. Jadi saya buntu utk membuat pilihan…..

    1. Waalaikumsalam Anisah,

      Setahu saya, walaupun ada Master / PhD pendidikan tidak boleh menjadi guru di sekolah melainkan ada Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Anisah perlu sahkan perkara ini.

      Pilihan yang Anisah ada ialah menjadi pensyarah. Anisah boleh sambung bidang Pengajian Quran & Sunnah juga ataupun pendidikan. Pilih bidang yang Anisah minat dan ada peluang di universiti.

  • Assalamualaikum Dr,

    Saya telah pun mempunyai master dari luar negara pada tahun 2009. Tamat pengajian, saya kembali bertugas dan fokus membina keluarga. Walaupun sebelum ini, terdapat beberapa tawaran untuk sambung PhD, tetapi atas beberapa halangan (kesihatan anak) saya tangguhkan hasrat untuk fokus kepada keluarga. Tahun ini dalam usia 41 tahun, saya menerima tawaran sekali lagi untuk projek PhD. Alhamdulillah, kesihatan anak saya semakin baik dan saya terbuka hati untuk meneruskan pengajian di peringkat PhD. Cuma, ralat di hati saya, Ketua saya tidak mengizinkan saya untuk sambung ke peringkat PhD walaupun secara sambilan atas alasan bimbang kerja-kerja hakiki akan terjejas walaupun saya yakinkan dia saya akan pastikan semuanya berjalan lancar seperti sebelumnya. Perbincangan untuk melanjutkan pelajaran secara sepenuh masa untuk setahun dua akan datang juga tidak dipersetujui atas alasan yang sama, Bimbang perkhidmatan akan datang terjejas sekiranya saya tiada. Nampaknya saya akan pencen setakat master sahaja.

    1. Waalaikumsalam wbt Puan Zarina,

      Tahniah kerana berjaya menamatkan Master di luar negara. Saya pasti ianya sangat mencabar. Saya selalu berpegang bahawa jika Allah nak memberi kita sesuatu, tiada yang boleh menghalang. Begitu juga jika Allah tidak mahu memberi kepada kita. Mungkin belum masa Puan untuk menyambung PhD. Inshallah niat yang baik-baik dan doa supaya dibuka jalan nanti.

      Terima kasih kerana komen di sini.

  • Assalamualaikum Dr, Terima kasih atas perkongsian yang menarik ini. Saya telah memohon pengajian peringkat master by research, alhamdulillah telah diterima dan insya Allah akan mula belajar pada Januari depan. Adakah Dr. mempunyai tips lain khusus untuk pengajian master by research ini? Semakin dekat, semakin takut pula rasanya…

    1. Waalaikumsalam wbt Ku Nani,

      Inshallah tidak ada apa yang perlu ditakutkan. Master dan PhD ini ialah cabaran disiplin sebenarnya. Pastikan Ku Nani bersedia untuk buat Master dengan niat nak cari ilmu. Inshallah tidak putus asa di tengah jalan.

      Dan nasihat saya, buat satu “timeline” atau jadual selama dua tahun sehingga tarikh menghantar thesis. Ikut jadual tersebut dan cuba untuk tidak lari dari tempoh yang dirancang. Jika lebih awal tidak mengapa.

      Semoga Ku Nani berjaya nanti dengan ijazah Sarjana. Amin

  • Assalamulaikum dr terima kasih atas perkongsian yang menarik. saya ingin menambah lebih banyak ilmu dengan sambungan ke msater dan phd

  • Assalamualaikum Dr. Setelah membaca pernyataan tentang master dan Phd sye telah faham bahawa jika mahu menyambung perasaan ingin tahu dalam ilmu itu sgt penting. Dengan ada perasaan ingin tahu ini, ianya dapat mendorong seseorang yg ingin mengambil master atau phd untuk lebih fokus dan lebih berpegang dengan apa yang mereka ingin dptkan dlm master dan phd.

  • Terima ksih atas prkongsian dr. Info ini samgat menarik dan penting bagi kalangan pelajar yang ingin menyambung master/phd.

  • Terima kasih atas perkongsian yang sangat jelas, saya sangat bersetuju Dr memulakan isi dengan Big Why. Big Why seperti tulang belakang yang akan sentiasa buat kita mampu bergerak/ teruskan apa yang kita pilih. Memang sangat-sangat penting untuk tahu SEBAB kita memilih atau membuat sesuatu keputusan, dan dalam hal ni, menyambung pengajian sememangnya bukan sesuatu yang mudah, tanpa SEBAB yang kuat memang mudah tersungkur. Terima kasih juga atas tip yang dikongsikan, sangat membantu.

  • Selamat Pagi Dr..
    Terima Kasih banyak2 atas perkongsian yang sangat bermakna tersebut. Saya pelajar tahun akhir dan memang ada niat untuk menyambung Master dalam bidang yang saya ambil sekarang. Semoga dipermudahkan semuanya untuk saya dan kawan2 yang lain 🙏 Dan berharap pada masa akan dtg saya boleh rujuk dan baca balik blog ini sebagai motivasi kepada diri saya sendiri 😇

  • Terima kasih atas perkongsian Dr. Info in sangat menarik dan penting bagi pelajar yang ingin menyambung master dan Phd

  • Assalamualaikum Dr, terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat ini. Blog ini boleh membantu pelajar yang ingin sambung master/Phd. Sebelum mulakan pengajian, sememangnya kita memerlukan perancangan. Tiga tips yang dikongsi boleh kita gunakan sebagai panduan apa yang perlu dirancang sebelum kita ingin memulakan pengajian master/PhD.

  • Selamat Sejahtera Dr,
    Terima kasih atas perkongsian yang menarik ini, betul jika kita tak menbuat pelan awal awal akan menyebabkan kita tidak mudah untuk berjaya dan kemungkinan untuk gagal adalah sangat besar sebab kita tidak mempunyai focus atau tujuan yang tepat untuk diusahakan jadi akan menyebebkan kita hilang hala tuju sewaktu melakukan sesuatu.

    Terimma kasih Dr.

  • Assalamualaikum, ye betul la tu, tanpa perancangan ia agak sukar untuk kita sambung Master/PHD. lagi pula untuk yang dah lanjut umurnya dan berhasrat untuk berkahwin.

  • Betul tu Dr. Perkongsian yang menarik. Hm saya ada juga pasang impian untuk sambung master kerana saya mahu jadi pendidik. Tetapi saya tidak mahu jadi pendidik untuk kos saya yang sekarang ni. Tapi apa apa pun, harapnya saya dapat habiskan Degree ni dulu dengan baik. Saya juga berhajat mahu membuat bisnes saja lepas habis Degree, apply semula apa yang Dr ajar kat class. Tapi jika jalan terbaik saya adalah sambung master, In shaa Allah akan saya pertimbangkan. Thankyou Dr atas perkongsian ini.

  • Terima kasih dr diatas perkongsian ini… huhuhuhu sungguh bermakna dan penuh dengan nilai pengajaran

  • Informasi yang sangat baik khususnya kepada pelajar-pelajar universiti yang bakal menamatkan pelajaran pada peringkat degree.

  • Assalamualaikum dan selamat sejahtera Dr.

    Saya seorang pelajar ijazah sarjana muda. Buat masa ini, saya tidak merancang untuk meneruskan pembelajaran ke peringkat Master atau Phd atas sebab tertentu.

    Namun, berdasarkan perkongsian Dr, saya terdetik untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan peringkat Master dan Phd ini.

    Jika ada rezeki dan kudrat, in shaa Allah saya akan teruskan pengajian ke peringkat Master atau Phd. In shaa Allah

  • Assalamualaikum Dr, saya berniat untuk sambung belajar lepas graduation nanti. Tapi mind set saya, saya nak sambung master sebab nak jadi cikgu. Tapi saya baca one of comment yang Dr reply, yang kita tak boleh jadi cikgu sekolah even if ada master/phd(melainkan ada ismp). Selama ini saya fikir nak smbung master sebab nak jadi cikgu. Tapi selepas baca artikel ini, saya kena ubah mindset saya. Terima kasih sebab kongsi.

  • selamat sejahtera dr.
    Pos yang sangat mengkagumkan
    Saya juga berminat untuk sambung master dan PhD
    Terima kasih dr.

  • Terima kasih Dr. atas perkongsian tentang topik ini. Sebenarnya, saya belajar banyak dari perkongisan Dr. especially bahagian stress ketika belajar.

  • Salam Dr. Terima kasih atas perkongsian. Sangat menarik dan juga sangat membantu saya untuk menyambung Master Dan PhD.

    Sebenarnya, saya ada niat untuk sambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi selepas tamat degree. Jadi saya harap informasi ini akan membantu saya.

  • Perkongsian yang menarik, saya setuju dengan ayat Dr. Hariz iaitu kalau nak sambung master atau PhD mestilah ada matlamat yang jelas kenapa nak sambung kalau tak kurang motivasi diri.

  • Assalamualaikum Dr, terima kasih atas perkongsiannya. Ia sedikit sebanyak memberi saya inpirasi atau sekelumit pengetahuan kerana saya masih berkira-kira untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi atas beberapa faktor. Semoga niat kita sentiasa di landasan yang betul.

  • Assalamualaikum Dr? saya ingin mengucapkan terima kasih atas perkongisan ini. sebenarnya saya ada berniat sebelum ini ingin menyambung master setelah menghabiskan degree pada tahun ini, InshaAllah atas izin Allah. Tetapi sebelum ini tedapat anasir luar yang mengata beberapan kekurangan jika menyambung master, sebagai contoh, jika tinggi belajar pihak luar susah untuk mengambil kita sebagai pekerja dimana mereka perlu membayar bayaran yang tinggi atas kelayakkan kita. saya mohon pencerahan tentang isu ini jika Dr.Haris tidak keberatan? sekian terima kasih.

  • Assalamualaikum Dr, terima kasih atas perkongsian dan sedikit penerangan yang sangat bermanfaat untuk kami. Saya akan jadikan Dr sebagai inspirasi saya.

  • Assalamualaikum,
    Artikel yang menarik, terima kasih atas perkongsian ilmu tentang persediaan untuk menyambung peringkat master dan phd.

  • Terima kasih Dr atas perkongsian yang diberikan. Saya bersetuju dengan perancangan yang Dr telah kongsikan di atas.

  • Assalamualaikum dr.

    Terima kasih atas pengkonsian ini kerana ianya sangat berguna untuk saya dan orang lain. Saya ingin menjadi guru pada asalnya tetapi program saya sudah lari jauh daripda nak jadi seorang cikgu. Saya buat masa sekarang ni berniat untuk menyambung master tetapi saya masih dalam delima. btw semoga dr. terus berkongsi ilmu yang bermanfat kepada kami semua.,.

  • assalamualaikum Dr, terima kasih atas perkongsian yang menarik ini. saya berharap selepas saya habiskan pengajian saya peringkat degree ini, saya dapat menyambung pengajian ke peringkat master dan Phd.

  • Assalammualaikum dr, terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat dan membuka minda saya untuk berfikir untuk meneruskan pengajian selepas tamat degree.

  • Assalamualaikum. Terima kasih Dr atas perkongsian tersebut. Sangat menarik dan berguna utk sesiapa yg berniat utk sambung phd / master nanti.

  • Assalamualaikum Dr, Terima kasih atas perkongsian yang sangat bermanfaat. Saya juga berminat untuk sambung Master dan PhD. Dengan perkongsian ini saya harap dapat membantu saya suatu hari nanti.

  • Assalamualaikum Dr, terima kasih diatas perkongsian yang telah diberikan ianya sangat membantu dan bermanfaat buat saya untuk dijadikan contoh☺

  • Terima kasih dr atas perkongsian yang menarik. saya ingin menambah lebih banyak ilmu dengan sambungan ke msater dan phd.

  • Terima kasih atas perkongsian Dr. Sy sedang menyambung pelajaran peringkat master..cuma skrg rasa sangat stress apabila tdk dapat buat proposal dengan baik dan berkali-kali terpaksa betulkan..sy hampir putus asa dan terfikir tidak mahu meneruskan pengajian lagi..memandangkan sy pelajar tajaan dan tidak mahu menghampakan organisasi terpaksa sy teruskan jgk..sy pun tidak tahu ape yg perlu sy buat skrg ini..

    1. Hani,

      Cuba lihat contoh-contoh proposal dalam bidang Hani. Sebenarnya proposal itu tujuannya untuk meyakinkan panel-panel yang research Hani sesuai dijalankan. Gunakan rujukan rujukan dari kajian lampau yang menunjukkan masalah yang Hani nak kaji tu belum diselesaikan. Tunjukkan sedikit cadangan penyelesaian. Inshaallah berjaya.

      Semoga membantu

  • Assalamualaikum Dr sayaberniat ingin menyambung master pada tahun ini kerana ingin menjadi pensyarah, adakah betul dr kalau ingin menjadi pensyarah memerlukan master?

    1. Waalaikumsalam Hadi,

      Untuk menjadi pensyarah di universiti awam, syarat terkini ialah mempunyai PhD. Manakala untuk di universiti / uni-kolej/ kolej swasta, masih ada yang menerima Master.

      Jika Hadi nak jadi pensyarah, Hadi perlu dapatkan Master + PhD + pengalaman industri. Inshaallah peluang akan lebih tinggi.

  • Assalamualaikum dr.

    Saya berhajat nak sambung master based on bidang yang saya sedang kerja sekarang. Saya nak lagi mendalami ilmu.

    tetapi malangnya saya tersilap mengisi course yang saya inginkan dan saya menyedarinya tersilap apabila button submit telah disend dan tidak dapat dikemas kini.. bagaimanakah dr?

    1. Waalaikumsalam.

      Pertama sekali tahniah kerana berminat nk tambah ilmu dalam bidang yang diminati. Dalam kes ini hanya masalah teknikal. Boleh hubungi pihak universiti untuk diperbetulkan.

  • Assalamualaikum Dr.

    Saya ada masalah di mana saya kini berada di semester dua master dan saya masih belum membuat apa-apa proposal. Saya telah merugikan satu semester saya dengan tidak berbuat apa-apa berkenaan penyelidikan saya ekoran saya tiada motivasi, tidak boleh masuk ke pusat pengajian saya kerana saya duduk di luar kampus tidak berjumpa dengan penyelia dan librarian saya. Namun begitu, sedaya upaya saya untuk tidak mengalah dengan master ini

    Saya juga merasakan bahawa saya tiada jiwa dengan bidang yang saya lalui kini dan berhasrat untuk bertukar bidang yang lain. Akan tetapi, saya memikirkan tawaran biasiswa yang telah saya terima dan saya bersetuju untuknya dengan bidang yang saya lalui kini.

    Saya rasa sukar, hampir mengalah dan terdetik untuk drop out dari master tetapi saya memikirkan bahawa saya baru sahaja menghantar dokumen biasiswa. Akan tetapi, saya masih belum menerima maklumat untuk menghadiri ke program biasiswa saya dan duit juga masih belum masuk.

    Esok 1/3, merupakan semester tiga saya. Namun begitu, saya berhajat untuk study leave untuk semester ini.

    Apa yang saya perlu lakukan Dr? Tinggalkan terus sarjana atau ada penyelesaiannya untuk saya teruskan niat menyambung master di musim Covid ini? Adakah juga menerima biasiswa itu merupakan satu perkara baik atau lepaskan biasiswa itu memandangkan saya baru sahaja menghantar dokumen dan duit belum diberikan kepada saya.

    1. Waalaikumsalam Qist,

      Qist perlu tanya diri sendiri, apa yang Qist nak buat dan capat dalam hidup ini? Adakah Master tu apa yang Qist nak buat dalam masa terdekat? Jika dilihat dari keadaan Qist sekarang, nampaknya Qist tiada minat untuk sambung Master.

      Jika rasa masanya belum tepat, tidak salah untuk berhenti dan buat apa yang Qist rasa perlu buat pada masa sekarang. Qist boleh cuba untuk cari kerja atau cari kerja part time. Mungkin lepas rasa susahnya dapatkan kerja dan duit pada masa covid ni, Qist akan rasa lebih menghargai peluang yang ada di depan mata.

      Hidup adalah pilihan, jadi tidak salah untuk Qist buat pilihan yang terbaik asalkan tidak menyiksa diri sendiri.

  • Assalamualaikum Dr. Terima kasih atas info.
    Saya memang minat untuk menjadi pensyarah tetapi malangnya cgpa masa sarjana muda tidak sampai 3.0.
    Akan tetapi, saya mempunyai pengalaman industri lebih 10 tahun, ijazah sarjana, kelayakan profesional ikhtisas dan tengah menjalankan pengajian PHD.
    Saya baru diminta utk memohon skim tenaga akademik muda tetapi saya lihat syarat SLAB/SLAI hanya mahu cgpa 3.0 sebagai syarat utama. Kenapa pengalaman industri, kelayakan ikhtisas, ijazah sarjana tidak diambil kira? Adakah saya membuang masa jika memohon Skim ini sebab ia tidak akan lulus?
    Terima Kasih

    1. Waalaikumsalam Amir,

      jika syaratnya mahu 3.0, saya rasa agak susah juga untuk berjaya jika Amir pohon. But there is no harm to try. Masih ada universiti yang terima pensyarah dengan CGPA dibawah 3.0. Amir boleh cuba menjadi pensyarah di universiti awam, swasta atau kolej kolej juga nanti selepas tamat PhD. Tambahkan lagi kemahiran mengajar. Pengalaman industri dan kelayakan professional Amir sudah memadai.

      Good luck, semoga Allah mudahkan urusan Amir

Leave a Reply to farah othman Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *