PERKARA PENTING UNTUK BERJAYA DALAM PELAJARAN
Ramai yang terlupa istilah keberkatan.
Nak berjaya dapat sesuatu yang kita mahu bukan bergantung semata-mata pada usaha.
KEBERKATAN ITU PERLU. Lebih-lebih lagi untuk kita yang mencari ilmu.
Antara nasihat yang paling saya tak lupa ialah hormati guru jika mahu ilmu itu berkat.
Berkat itu sedikitnya cukup. Banyak dapat diagih-agihkan.
Mudah-mudahan ilmu yang kita cari walaupun sedikit dapat memberi manfaat kepada orang lain.