Research Proposal Example (Contoh dan Tips) drhariz.com

Research Proposal Example (Contoh dan Tips)

Assalamualaikum dan apa kabar rakan-rakan semua. Dalam perkongsian ini, saya akan sentuh sedikit tentang Research Proposal Example (Contoh dan Tips)

Ada juga yang keliru dengan research proposal apabila nak memulakan pengajian Master. Mari saya terangkan…

Apa itu Research Proposal?

Research proposal bertujuan untuk mendapatkan kelulusan dari sesebuah institusi untuk memulakan atau meneruskan sesuatu kajian.  Panel-panel akan menilai kesesuaian tajuk, topik dan kesesuaian kajian kita jika boleh diteruskan atau perlukan perubahan.

Apa yang panel lihat semasa kita membentangkan research proposal ialah:

  • Isi kandungan proposal
  • Cara penulisan
  • Tatabahasa
  • Kesesuaian kajian
  • Kemahiran pelajar membuat pembentangan

Sebelum pelajar mendaftar Master di sesebuah universiti, pelajar perlu menyediakan proposal yang ringkas. Tetapi, apabila pelajar sudah mendaftar sebagai pelajar Master di universiti, mereka perlu untuk mempertahankan kajian mereka melalui research proposal yang lebih lengkap dan menunjukkan kemampuan menjalankan kajian tersebut.

Research proposal adalah satu dokumen atau proses yang sangat penting. Ini kerana ia akan memberi satu hala tuju kerana ianya antara dokumen yang pertama yang akan dinilai oleh panel yang pakar dan mendapat maklum balas yang berguna. Dari maklum balas itu, pelajar boleh gunakan untuk menentukan hala tuju kajian.

 

Nak Contoh Research Proposal

Saya akan kongsikan research proposal saya semasa buat PhD di Universiti Teknologi PETRONAS dahulu. Proposal saya ini diterima dengan baik semasa sesi pembentangan kali pertama. Research proposal saya ini juga telah digunakan sebagai research proposal contoh kepada pelajar-pelajar baharu Universiti Teknologi Petronas semasa kelas research methodology di peringkat universiti.

Dapatkan di sini:  Research Proposal PhD UTP Dr Hariz

 

Teknik Menulis Research Proposal

Tajuk proposal amatlah penting. Tajuk tersebut mestilah disusun mengikut susunan kepentingan perkataan. Perkataan yang lebih penting mestilah dihadapan. Tajuk yang baik perlulah jelas dan tepat dan merumuskan tentang kajian kita.

Abstrak pula boleh ditulis di peringkat akhir menyediakan proposal.

introduction: Mulakan proposal dengan bahagian “introduction” atau pengenalan. Anda boleh memasukkan gambar-gambar yang penting untuk menjelaskan perkara yang rumit di dalam proposal. Tetapi, jangan terlalu banyak menggunakan gambar. Cukup sekadar yang perlu. introduction perlu menerangkan latar belakang kajian supaya panel-panel dapat memahami kepentingan kajian ini dilakukan.

Literature Review: Bab kedua yang perlu dimuatkan ialah literature literature. Anda perlu menunjukkan bahawa terdapat “gap” atau lompong / jurang pada penyelesaian yang ada sekarang. Tujuan kajian adalah cuba untuk merapatkan lompong / jurang tersebut.  Anda boleh menunjukkan kajian-kajian yang sedia ada melalui jadual perbandingan di akhir bab Literature Review ini.

Research Methodology juga penting untuk menunjukkan bagaimana anda akan melaksanakan kajian tersebut. Ianya ibarat satu pelan ataupun rangka aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan. Bahagian metodologi ini sangat penting kerana panel ingin melihat adakah kita sudah mempunyai pelan yang betul dan sesuai untuk melaksanakan kajian kita.

Diharap perkongsian ini bermanfaat untuk rakan-rakan yang baru hendak bermula menyediakan Research Proposal. Perjalanan Master dan PhD anda pastinya mencabar. Tetapi, dengan persediaan dan langkah yang betul, ianya akan menjadi lebih mudah.

Posts created 13

5 thoughts on “Research Proposal Example (Contoh dan Tips)

  1. Tq Dr. Perkongsian yang menarik. Boleh tak nanti Dr share tentang bagaimana cara terbaik untuk penulisan review paper.

  2. Dr, saya senior librarian di sebuah PTA..saya berhasrat untuk sambung Phd bukan kerana gaji..tapi impian saya dan keluarga.. saya stuck. Saya mohon panduan Dr

  3. Terima kasih Dr atas penjelasan yg cukup lengkap. Saya berhasrat utk menyambung pelajaran pd peringkat Master. In sha Allah akan diusahakan utk mencari topic yg sesuai dijdkan dlm proposal research saya nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top