Assalamualaikum, saya kongsikan TIPS PENTING UNTUK BERJAYA VIVA MASTER DAN PHD. Anda sudah siap menulis thesis. Sekarang, hanya viva yang menjadi penghalang antara anda dan ijazah yang diidamkan. Perkara yang penting dan perlu anda lakukan untuk berjaya Viva ialah:
Rehatkan minda selepas penat menyiapkan thesis
Viva Voce yang akan anda hadapi sangat memenatkan. Viva PhD saya berlansung selama tiga jam tanpa rehat. Jadi, penting untuk anda merehatkan minda sebelum menghadapi Viva. Carilah tempat percutian atau buat aktiviti yang menyeronokkan dan menghilangkan tekanan buat sementara. Kemudian, kembali dengan minda yang lebih tajam. Jangan baca thesis atau apa-apa berkaitan research anda pada masa ini.
Baca thesis selepas kembali dari rehat
Selepas anda kembali dari rehat, baca thesis dari muka surat pertama ke muka surat terakhir dengan teliti. Kenalpasti idea utama di dalam setiap bab / chapter. Catatkan apa-apa kekurangan dan kelebihan thesis anda. Jangan risau, tiada thesis yang sempurna. Cari kesilapan kecil seperti grammar atau `typo
` dan catatkan di tepi. Cari point-point
penting dan cari dari mana anda mengambil point
tersebut. Contohnya cari rujukan / reference tertentu. Baca rujukan tersebut dan buat nota ringkas. Cari journal terkini berkaitan thesis. Biasanya research anda bermula 2-4 tahun lepas. Jadi kemungkinan besar ada journal dan penerbitan baru yang berkaitan dengan thesis anda. Cari persamaan dan perbezaan thesis anda dengan journal baru tersebut.
Cari tips Viva dari internet dan youtube
Cari tips viva seperti di dalam artikel ini atau di sini. Anda juga boleh mencari video di youtube untuk tips-tips dari pelajar yang sudah berjaya didalam viva mereka. Ini akan memberi anda lebih semangat untuk berjaya. Contohnya:
Buat soalan ramalan dan skrip jawapan.
Tulis dan sediakan skrip jawapan yang boleh disoal oleh examiner. Adalah lebih mudah jika anda bersedia dan berlatih skrip jawapan untuk soalan examiner. Inshaa Allah, semasa viva, walaupun soalan yang ditanya examiner tidak sama seperti soalan ramalan, anda mampu menjawab dengan jawapan-jawapan yang telah anda sediakan. Ada soalan dan jawapan viva yang boleh di praktis berulang-ulang. Ia amat membantu semasa viva. Terutamanya, bila anda kehabisan idea untuk menjawab. Secara tiba-tiba jawapan-jawapan ini akan muncul didalam fikiran.
Antara soalan tersebut ialah:
a. Contribution & what your research all about?
b. Originality, novelty & major theoretical strands?
c. The use of the main technique?
d. The process?
e. Why do you choose your current method for your research & not the other existing approaches?
f. Can u explain the formulation/formula in Table xxx Page xxx?
g. Application domain where your work might be applied?
h. Why only x no of variables?
i. How do you scale up? Can the system scale? How do your system scope with bigger example?
j. Possible Journal?
Buat latihan viva
Buat latihan / mock viva dan rekod masa anda setiap kali. Anda boleh berlatih dengan diri sendiri secara merakam atau berlatih dengan rakan-rakan dan supervisor anda. Pastikan masa yang diambil untuk membuat presentation Viva tidak melebihi masa yang dibenarkan. Buat mock presentation selewat-lewatnya seminggu sebelum viva. Jangan terlalu hampir dengan tarikh viva supaya anda lebih bersedia.
Mindset positif
Mengikut statistik, lebih mudah untuk berjaya melepasi viva daripada gagal. Jika anda sudah melakukan semua persediaan dengan baik, anda akan menghadapi viva dengan baik juga. Anda juga boleh bersenam untuk mengurangkan tekanan, banyakkan berdoa seperti doa “Rabbi Zidni Ilma” semasa membaca thesis, solat sunat dimalam hari seperti solat sunat tahajjud, solat sunat taubat dan solat hajat, membaca surah yasin dan meminta doa dari ibu bapa dan supervisor (guru) anda.
Tips penting di hari viva berlansung
Bawa barang/bahan yang dibenarkan dibawa ke dalam bilik viva. Contohnya salinan thesis, laptop, nota, journal, program komputer dan bukti result anda.
Bersifat ramah dengan examiner. Mereka bukan musuh anda. Mereka datang untuk membantu anda berjaya. Serius tapi jangan terlalu serius. Berikan senyuman kepada examiner. Jaga adab anda.
Jangan ambil masa terlalu lama untuk buat presentation semasa viva. Examiner sudah membaca thesis anda. So, present apa yang perlu sebagai reminder sahaja.
Jawab soalan examiner dengan jelas. Tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat. Jika anda tidak faham soalan examiner, minta beliau ulang soalan. Bersedia mempertahankan kerja anda jika anda yakin dengan jawapannya. Bersedia menerima kritikan dan cadangan examiner. Pertahankan kerja anda dengan adab tanpa melekehkan examiner. Jaga air muka mereka. Jika anda tidak tahu, jawablah dengan jujur yang anda kurang tahu dengan apa yang ditanya tapi bersedia untuk belajar. Less is more. Jawab dengan tepat dan ringkaskan penjelasan supaya straight to the point. Tanya examiner kembali adakah anda menjawab soalan yang di tanya jika kurang yakin.
Tiada thesis yang sempurna. Jangan terasa down atau panic menerima teguran dari examiner. Akui kesilapan anda dan katakan anda take note dan akan baiki selepas ini. Fikir yang examiner juga bersemangat untuk tahu tentang kajian anda. Berkongsi dengan bersemangat.
Sentiasa positif semasa viva 🙂
=======================================================================================================================
Jika anda berminat untuk baca tentang Cabaran Buat Master Ph.D. Dalam Negara, boleh baca di sini.
Jika anda nak Tips Untuk Berjaya Temuduga (Interview) Pekerjaan Anda Mahu, boleh baca di sini.
Jika anda nak tips-tips yang berterusan di Telegram, sertai channel telegram saya di bawah:
Jika berminat untuk menyambung Master (bidang Artificial Intelligence, Data Mining atau IT) di bawah seliaan saya, boleh hubungi saya di sini: