TIPS PERSEDIAAN MENGHADAPI VIVA MASTER DAN PHD

TIPS PERSEDIAAN MENGHADAPI VIVA MASTER DAN PHD

Dalam artikel kali ini, saya kongsikan TIPS PERSEDIAAN MENGHADAPI VIVA MASTER DAN PHD.

1. Rehatkan minda selepas penat menyiapkan thesis.
Pergi becuti sebentar sebelum kembali bersedia untuk viva. Recharge tenaga.

2. Baca thesis
Selepas tenaga anda kembali recharged, baca thesis dari cover to cover. Catat apa kekurangan dan kelebihan thesis.

3. Buat latihan presentation viva
Buat latihan dan rekod masa. Pastikan masa tidak lebih dari yang di benarkan supaya mood examiner tak kelaut.

4 Buat mock presentation
Buat mock presentation dengan Sv atau rakan selewat-lewatnya seminggu sebelum viva. Jangan terlalu dekat. Takut anda menjadi lebih gelabah.

5. Cari tips viva dari youtube dan internet.
Antara cara paling baik ialah lihat video tips dari orang yang dah berjaya dalam viva. Ini akan memberi anda semangat untuk berjaya.

6. Baca thesis dengan teliti. Kenalpasti main idea dalam setiap chapter. Cari kesilapan kecil seperti grammar atau typo dan catatkan di tepi. Supaya anda tak terkejut bila examiner tegur.

7. Cari journal terkini berkaitan thesis.
Biasanya research anda bermula 2-4 tahun lepas. Jadi kemungkinan besar ada journal dan penerbitan baru yang berkaitan dengan thesis anda. Cari persamaan dan perbezaan thesis anda dengan journal baru tersebut. Tulis dan sediakan skrip jawapan bila disoal oleh examiner.

8. Buat soalan ramalan dan skrip jawapan.
Adalah lebih mudah jika anda buat dan berlatih menjawab soalan ramalan dengan skrip jawapan.
Nanti masa viva, idea nak menjawab sentiasa mencurah-curah. Nanti saya kongsikan soalan yang biasa di tanya semasa viva.

10. Bersenam.
Bersenam dapat mengurangkan tekanan.

11. Banyakkan berdoa.
Amalkan doa “Rabbi Zidni Ilma” semasa membaca thesis dan paper rujukan anda. Mudah-mudahan diterangkan hati.

12. Solat Sunat
Banyakkan solat sunat dimalam hari seperti solat sunat tahajjud, solat sunat taubat dan solat hajat. Berdoalah.

13. Membaca yasin
Antara amalan yang biasa diamalkan menjelang peperiksaan ialah membaca yasin.

14. Meminta doa dari ibu bapa dan guru.
Mintalah doa dari ibu bapa kerana doa mereka tiada hijab. Mintalah doa guru (sv) supaya ilmu yang diberikan di berkati.

15. Mindset positif
Mengikut statistik, lebih mudah untuk berjaya melepasi viva daripada gagal. Jika anda sudah melakukan semua persediaan dengan baik, anda akan menghadapi viva dengan baik juga.

16. Persiapkan soalan dan jawapan viva
Ada soalan dan jawapan viva yang boleh di praktis berulang-ulang. Ia amat membantu semasa viva. Terutamanya, bila anda kehabisan idea untuk menjawab. Secara tiba-tiba jawapan-jawapan ini akan muncul didalam fikiran.

Antara soalan tersebut ialah:
a. Contribution & what your research all about?

b. Originality, novelty & major theoretical strands?

c. The use of the main technique?

d. The process?

e. Why do you choose your current method for your research & not the other existing approaches?

f. Can u explain the formulation/formula in Table xxx Page xxx?

g. Application domain where your work might be applied?

h. Why only x no of variables?

i. How do you scale up? Can the system scale? How do your system scope with bigger example?

j. Possible Journal?

Saya doakan semoga anda berjaya dalam viva dengan cemerlang.

 

Follow Telegram untuk tips-tips terkini:

t.me/TipsDrHariz

Posts created 11

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top